Saturday, March 26, 2011

..........terima kasih dan cerpen ku ''M 16 VS AK 47''






Salam....kepada penulis blog ini   http://nurulnadiahmamat.blogspot.com......terima kasih mari kita bersama saling nasihat menasihati...taniah bagi saudari blog saudari memberi saya ilham dan contoh yg baik..mari kita saling bantu membantu agar blog saya dan anda menjadi rujukan kita bersama...ingat mengingati agar kita sentiasa dalam rahmat Allah..terima kasih kerna beri pendapat saudari....
................................................

  Assalammualaikum...rakan pembaca , mari baca blog ini menarik...aku tulis di atas atas dasar terima kasih kepada rakan blog ku kerana memberi aku pendapatnya   mari baca blog ini menarik..        http://nurulnadiahmamat.blogspot.com/....ALHAMDULILLAH.. semasa ucapan ini di tulis siap sudah cerpen kedua ku di blog ku ini yang serba kekurangan. cerita cerpen ku adalah perbualan di antara dua buah senjata paling terkenal M 16  senjata buat amerika.. dengan AK 47 sebuah senjata russia...gembira tak terkira di hati ku rasakan..teruskan menyokong blog ku ini wahai rakan pembaca dan blog ku sekalian.....

.............................................................
                                                                                                                         
                                                                                                                        
                                                              M 16 VS AK 47
  
                                                                                                                                                                            
M 16; ‘’Salam buat mu sahabatku wahai Ak 47..apakah kau dalam keadaan baik?’’..


AK 47; ‘’Hei…apa kah layak untuk kau memberi salam..sedangkah keadaan kau penuh hina bernafsu penjajah….sedar lah’’.

M 16; ‘’Indah sungguh bahasamu sahabat tidak kau sedar salam itu wajib di jawab…apa kesalahan ku kepada kau sehingga aku kau layan begini?’’dengan nada sedih bertanya.

AK 47; ‘’Salam kau tiada nilai bagi ku …….tidak kau mengerti akan kesalahan yang telah kau lakukan ?diri mu telah di cipta indah oleh pencipta kau yang bijak sana lagi bongkak sehingga mengelar diri mereka bangsa yang paling bertamadun ,paling demokrtik,pejuang hak asasi manusia teragung….’’.

M 16; ‘’aku masih keliru …apa kesalahan ku ?apa kaitan sifat tuan ku dengan kelakuan kau kepadaku? wahai sahabatku..

AK 47; ‘’dah geharu cendaha pula dah tahu bertanya pula..sedangkan buktinya sudah jelas dan nyata,apa perlu untuk ku jelaskan lagi’’.

M 16; ‘’Cuba kau wahai sahabatku yang bijak lagi budiman  jelaskan dengan bukti bukan sekadar khabar angin dan tuduhan palsu semata-mata’’

AK 47; ‘’Baiklah….,tidak kan kau sedari akan angkara mungkar yang tuan kau telah lakukan di vitnam..contohnya pada 16 mac 1968  pembunuhan di kampung yang bernama ‘MY LAI,lelaki dewasa di pisahkan dari ahli keluarganya lalu di tembak mati di depan ahli keluarga menangis lah si isteri,si anak.,si adik dengan apa yang telah terjadi,bayi juga turut menerima nasibnya sama dan ada juga mayat bayi yang di bunuh di campakan di perigi..,kanak-kanak ,wanita,mahupun warga tua di bunuh tanpa rasa simpati…rumah hangus di bakar..di lakukan kerana di tuduh menyokong..memberi bantuan kepada.komunis vitnam utara. Wahai sahabatku, apakah salah satu senjata yang telah mereka gunakan? ‘’

M 16 ; ” Apakah ia wahai sahabatku?’’

AK 47; Kau masih berpura-pura!...

M 16; Apakah ia….?

AK 47; Diri kau sendiri…tuan kau telah menggunakan diri kau untuk membunuh mereka yang tidak berdosa dan tidak bersenjata…apakah kau masih keliru..apakah kau masih tidak mengaku ……

M 16; Benar kah begitu….

AK 47; ‘’Ya……kenapa? Kau terkejut..sepanjang hayat kau bersama tuan kau tidak sedar akan perkara ini…jelaslah kau ini buta..pekak…dan bisu dengan perbuatan mungkar tuan kau..ingin ku tambah bukti lagi jika kau masih belum jelas….ingatkah engkau peristiwa perang teluk pertama  dan kedua ….pada perang teluk pertama tuan kau telah menceroboh negara Iraq walaupun setelah tentera Iraq yang di ketuai oleh saddam hussian berundur daripada negara kuwait……setelah tuan kau puas menghancurkan negara Iraq dan kekuatan ketenteraan saddam hussian..tuan kau keluar dengan rasa bangga ,boleh di katakan tuan kau menang dengan bergaya tetapi di atas rasa tamak haloba tuan kau dendam yang tidak berkesudahan..rasa marah tidak bertempat tuan kau bermacam tipu helah di buat….sekatan demi sekatan…,bermacam resolusi di meja bulat PBB ,tuan kau bentangkan. Setelah itu perang teluk kedua tuan kau langcarkan,walaupun dunia menentang tuan kau dengan bongkak melakukannya jua .pelbagai alasan..hujah..tuan kau gunakan..seperti untuk memusnahkan senjata pemusnah kerana ia mampu mengancam dunia walaupun terang dan nyata tidak di miliki lagi Iraq semuanya telah dimusnahkan ini di akui  sendiri pemeriksa antarabangsa yang hantar oleh PBB..tuan kau juga berhujah perang di lancarkan demi membebaskan rakyat Iraq daripada pemerintah kuku besi..saddam hussian .hahaha hujah yang naïf sedangkan kekuatan ketenteraan dan politik saddam hussian sudah semakin lemah bila-bila masa dia jatuh dengan sendirinya kenapa masih tuan kau ingin campur tangan?,.Kenapa tidak tuan kau biarkan sahaja rakyat Iraq tentukan cara yang mereka suka menentang saddam hussian yang zalim itu.Jelas dan nyata Negara Iraq menjadi sasaran tuan kau kerana ketagihan tuan kau ke atas emas hitam…minyak. Yang menderita rakyat Iraq …kesemua lapisan masyarakatnya..bayi…kanak-kanak..wanita..warga tua turut merasai pelbagai peluru berpandu…senjata kimia..menderita mereka dengan kesan perang yang tidak wajar di lakukan…walaupun rakyat tuan kau dan dunia menentangnya ,tuan lakukan juga………’’

M 16; ‘’Benarkah begitu zalim perbuatan tuan ku itu?’’

AK 47;’’ Ah….! Apakah kau masih tidak pecaya?!!!’’

M16; ‘’Aku masih tidak percaya…..!!!’’

AK 47; ‘’Benci ku kepada kau makin bertambah!!!……Izinkan aku menambah hujah ku,masihkah kau ingat pada 2001 belaku perkara peristiwa 9/11 serangan pelangaran kapal terbang awan dengan banggunan berkembar WTC  dan pentagon di new york….tuan kau dengan mudah membuat tuduhan tanpa bukti kukuh yang menuduh penganas islam merancang dan melakukan keganasan ke atas orang awan.rakyat Negara tuan kau., yang lebih di kenali al qaedah dan diketuani oleh osama bin laden.lalu mengila tuan kau merancang persiapan misi membalas dendam…tersebar di media barat rasa  curiga terhadap agama dan umat islam ….kebetulan osama bin laden berada di argafnistan dibawah lindungan taliban . kemudian perang menentang keganasan meletus di atas idea tuan kau sendiri yang amat bijak memainkan emosi rakyat tuan kau agar turut sama berperang…kononnya untuk mempertahankan Negara dan memburu  osama….,mewajarkan tindakan keras demi untuk membunuh dan menangkap penganas. Bagi ku ia sekadar di jadikan alas an menentang kebangkitan islam dan melebar luas tanah jajahan serta  menunjukan sikap kemegahan tuan kau sebagai polis dunia, itulah akibat bakal menimpa sesebuah negara  jika menunjukan rasa benci dan tidak tunduk kepada dasar negara tuan kau….setiap kali tuan kau merancang perang yang terbunuh mereka yang tidak bersalah lagi lemah dan tidak mampu bertahan dengan persenjataan moden serta cangih yang di miliki tuan kau.B agi ku setelah hampir semua  negara komunis telah musnah kini agama dan umat islam menjadi sasaran mudah untuk di tewaskan ,kitaran kekejaman berteruskan selagi sikap buas kebinatangan tuan kau belum puas….’’

 M16; ‘’Benarkah begitu………sukar untuk……….a………..ku……….’’

AK 47; ‘’Sedarlah kenapa masih menafikannya……..!!!!!!! huru hara keadaan dunia kerana perbuatan dan sifat buruk tuan kau, menyokong pemerintah yang zalim lagi kejam menindas rakyat selagi mana pemerintah itu di anggap sahabat selagi itu tuan kau memejamkan mata daripada melihat realiti rakyat Negara tersebut…kemiskinan mencengkam hidup seharian sedangkan pemerintah hidup mewah,jika rakyat bersuara di sumbat di penjara rahsia tiada siapa tahu nasib yang menimpa mereka..hilang dari pandangan sesiapa…. Itu semua terima kasih lah kerana peranan aktif yang di mainkan tuan kau menyokong ….berurus niaga maka bertambah kukuh pemerintahan pemerintah kuku besi.Namun jangan di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari ,rakyat bersatu, bersama bangkit melakukan revolusi setelah lama di tekan mereka hilang rasa takut ,berani bersuara melalui perarakan aman besar-besaran di seluruh rantau asia barat walaupun keras tindakan pemerintah ,memukul, mencederakan, membunuh …….di .jordan,yaman,oman ,bahrian,mesir,tunisia,algeria,arab saudi, libya ……….dunia bersuara barulah tuan kau bersuara tegas namun masih bernada kepura-puraan.Kini belakulah serangan di Libya,untuk  menyelamat rakyat daripada di bunuh dan membantu rakyat merasai kebebasan hidup dan berpolitik ….walaupun zon larangan terbang di persetujui liga arab dan PBB namun mereka tidak pernah bersetuju tindakan mengugurkan pelbagai bom….peluru berpandu ke atas Libya..tapi itu yang belaku ,tuan kau bersama sekutunya nato membuat onak beralasan membunuh untuk menghalang,melindungi rakyat daripada di bunuh pemerintah kuku besi lagi gila kuasa…alasan sama secara berteruskan di gunakan oleh tuan kau…memang dasar suka campur tangan dan mengambil kesempatan…….apakah masih belum cukup hujah dan bukti yang aku berikan kepada aku wahai sahabat ku…?

M16; ‘’cukup..!!!!!!!!! lebih dari cukup!!!!!!!!!..Baiklah aku akui semua perbuatan tuan aku lakukan dari dulu hingga kini…namun apa daya aku di cipta tuan aku hanya boleh melihat tapi tidak boleh berkata-kata membantah tingkah laku tuan aku lakukan, aku boleh mendengar tapi tidak boleh lari dari aturan tuan aku aturkan, aku sekadar menuruti perintah,walaupun tidak pernah aku bersetuju….berkenan di hati. Biar lah tuhan membalas perbuatan tuan aku lakukan,jika di dunia dia terlepas hidup selesa namun di akhirat tiada upaya untuk dia lari dari hukuman….tuhan yang maha perkasa…’’

AK 47; ‘’Maafkan aku jika aku terlampau mengikut emosi…ya benar biarkan tuhan membalas perbuatan mereka…tuan kau..kita hanya mampu melihat dan mendengar ………maafkan aku sekali lagi…’’

M16; ‘’tak apa…marilah kita berharap dengan sebenar-benar pengharapan agar kita dapa melihat keadaan dunia aman kembali..tiada penindasan ,ketidakadilan,pembunuhan tanpa hak ke atas sesama insan yang tidak bersalah…’’

AK 47; ‘’Ya benar ,…itu harapan kita bersama………..’’

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...