Tuesday, March 29, 2011

Politik…betul ke ia membosankan ..?Penting ke ia bagi kita?









Asalammualaikum…………..kepada rakan-rakan pembaca sekalian semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.Apa yang bakal ku tulis mungkin mengundang rasa bosan bagi setenggah golongan namun ku harapkan ia membantu serba sedikit kita mengubah pemikiran kepada satu perkara yang boleh di kirakan amat penting …Politik… Politik…betul ke ia membosankan ..?Penting ke ia bagi kita?.Apa yang ku tulis sekadar pandangan peribadi sahaja..jika ada kesilapan berilah pandangan dan teguran yang membina.Penulisan ku sekadar pendapatku secara umum sahaja, sila rujuk pada mereka lebih pakar pasti mereka dapat memberi pandangan lebih jelas. dan. dengan lebih terperinci

Pada mulanya diriku ini tidak lah meminati perkara ini mungkin kerana pada waktu itu pemikiran ku masih pada peringkat awal perkembangan akal,masih belum boleh berfikir secara matang tentang ‘’Politik…alas an yang lebih mudah kerana belum cukup umur untuk mengundi..sibuk dengan hidup awal remaja [ketawa seketika].

Oleh kerena ketidakmatangan ku .politik ku anggap sangat membosankan..,lebih baik ia di fikirkan oleh ahli politik, yang paling teruk diriku berfikiran politik itu buruk,kotor pemecah belah negara.tetapi apabila sikit demi sedikit..langkah demi langkah diri ku mula meminatinya,mula membaca rancana,akbar.,buku politik,mula mendekati mereka yang berani bersuara meluahkan minat terhadap ‘’Politik’’.berubah pandangan ku kepada politik, bagi ku politik ini sesuatu perkara yang baik ,satu seni yang indah.,politik itu amat penting,politik tidak bersalah dan ia tidak buruk lagi kotor tapi yang bersalah adalah segelintir ahli politik yang hanya memikiran untuk hidup mewah,berkereta mewah,membina rumah seperti istana,mengunakan politik untuk kepentingan diri dan hanya untuk kehebatan dan keselesaan sahabat [kroni] ,keluarga daripada memikirkan kebaikan dan kebajikan rakyat yang berada di bawa jagaan dan menjadi amanah mereka menjaganya,berpolitik secara menyebarkan fitnah tanpa ada bukti yang jelas untuk menjatuhkan lawan dengan cara yang amat buruk .Sekadar ingin undi rakyat tapi meninggalkan bila memperolehi sokongan mereka…….. 

wahai segelintir ahli politik,ahli dewan undangan negeri dan ahli parliman yang budiman jika anda ingin  sokongan rakyat jangan lah mengabaikan suara rakyat,menidakan keadilan dan kebajikan kami,menekan kami agar menyokong anda secara paksaan dan ugutan ..sebagai contohnya tiada pembanggunan,kebajikan rakyat di abaikan jika mengundi parti yang berlainan daripada kebiasaannya itu hak rakyat memberi sokongan kepada sesiapapun berkenan di hati.Jangan menghalang hak rakyat berpolitik,jangan menghalang rakyat menegur anda wahai sekalian  ahli politik jika anda mengabaikan hidup kami dan melakukan kesilapan. rakyat inginkan yang baik akhlaknya yang dapat memimpin rakyat  ke arah kebaikan agar rakyat  mampu menjadi warganegara yang baik lagi patuh pada undang-undang Negara, dan taat pada agama sewajarnya anda memberi contoh tauladan sebagai pemimpin dan adil dalam setiap perbuatan

Mari kita berfikir sejenak apa peranan kita sebagai orang muda kepada pembentukan hala tuju Negara?pastinya ada pelbagai pandangan dan pendapat yang bakal di lontarkan,bagi ku mudah jika kita sebagai umat islam pasti ingin melihat Negara menjadi sebuah Negara islam yang berkebajikan,melaksanakan undang-undang /hukum Allah,di mana kita rasa selamat dan selesa menjalani kehidupan…beribadah dengan aman tanpa halangan,sebuah Negara yang di dalamnya ada pemimpin dapat mencegah rakyat melakukan kemungkaran dan  memimpin rakyat agar melakukan kebaikan,pemimpin yang melaksanakan cara pemerintahan islam dalam erti kata sebenar dalam mentabir urus hal ewal negara dan rakyat.,menjadikan para ulamak sebagai penasihat dan panduan memimpin negara..pemimpin yang berakhlak mulia..seperti mana kata-kata iman al iman ghazali: ''rosaknya m asyakat dalam sebuah negara adalah di sebabkan oleh rosaknya raja atau pemerintah....'' [sila perbetulkan jika ada kesilapan dan rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang politik islam], jika baik seorang pemimpin maka dengan sendirinya baik lah rakyatnya..


Umumnya kita pasti ingin kita semua ingin sebuah Negara yang aman damai..keadilan untuk semua rakyat tanpa melihat perbezaan pada warna kulit,bangsa, dan agama … bebas mengamalkan adat istiadat ,budaya dan agama masing-masing. Dengan cara apa dapat kita menentukan hala tuju Negara? Tidak lain tidak bukan pastinya melalui tanggungjawab kita sebagai rakyat iaitu mengundi…hanya kepada mereka yang dah 21 tahun ke atas,bagi mereka yang belum cukup syarat tanamkan impian anda untuk mengundi di masa depan. Kepada mereka yang dah cukup umur fikir secara mendalam apa pilihan anda dengan penuh bijaksana. Satu nasihat yang cukup mudah dari diri ku hamba Allah yang hina ini..undilah kepada calon sesebuah parti itu berdasarkan kebaikan yang jujur dan ikhlas bukan kepada nilaian rasa perkauman yang tidak wajar,bukan berdasarkan semangat kenegerian yang sempit,bukan kepada semangat kepartian dan kemewahan semata-mata tapi dengan nilaian yang membawa ke arah keadilan,kebajikan dan kebaikan kehidupan kita semua sebagai rakyat.. Kita lah penentu masa depan negara tidak salah kita cuba berfikir tentang kepentingan politik dalam hidup kita ,kita dapat mencorak perjalanan negara mengikut aturan yang kita fikirkan baik demi masa depan yang lebih gemilang....   Undi jangan tak undi

Sekian dari ku ……..

         

Saturday, March 26, 2011

..........terima kasih dan cerpen ku ''M 16 VS AK 47''






Salam....kepada penulis blog ini   http://nurulnadiahmamat.blogspot.com......terima kasih mari kita bersama saling nasihat menasihati...taniah bagi saudari blog saudari memberi saya ilham dan contoh yg baik..mari kita saling bantu membantu agar blog saya dan anda menjadi rujukan kita bersama...ingat mengingati agar kita sentiasa dalam rahmat Allah..terima kasih kerna beri pendapat saudari....
................................................

  Assalammualaikum...rakan pembaca , mari baca blog ini menarik...aku tulis di atas atas dasar terima kasih kepada rakan blog ku kerana memberi aku pendapatnya   mari baca blog ini menarik..        http://nurulnadiahmamat.blogspot.com/....ALHAMDULILLAH.. semasa ucapan ini di tulis siap sudah cerpen kedua ku di blog ku ini yang serba kekurangan. cerita cerpen ku adalah perbualan di antara dua buah senjata paling terkenal M 16  senjata buat amerika.. dengan AK 47 sebuah senjata russia...gembira tak terkira di hati ku rasakan..teruskan menyokong blog ku ini wahai rakan pembaca dan blog ku sekalian.....

.............................................................
                                                                                                                         
                                                                                                                        
                                                              M 16 VS AK 47
  
                                                                                                                                                                            
M 16; ‘’Salam buat mu sahabatku wahai Ak 47..apakah kau dalam keadaan baik?’’..


AK 47; ‘’Hei…apa kah layak untuk kau memberi salam..sedangkah keadaan kau penuh hina bernafsu penjajah….sedar lah’’.

M 16; ‘’Indah sungguh bahasamu sahabat tidak kau sedar salam itu wajib di jawab…apa kesalahan ku kepada kau sehingga aku kau layan begini?’’dengan nada sedih bertanya.

AK 47; ‘’Salam kau tiada nilai bagi ku …….tidak kau mengerti akan kesalahan yang telah kau lakukan ?diri mu telah di cipta indah oleh pencipta kau yang bijak sana lagi bongkak sehingga mengelar diri mereka bangsa yang paling bertamadun ,paling demokrtik,pejuang hak asasi manusia teragung….’’.

M 16; ‘’aku masih keliru …apa kesalahan ku ?apa kaitan sifat tuan ku dengan kelakuan kau kepadaku? wahai sahabatku..

AK 47; ‘’dah geharu cendaha pula dah tahu bertanya pula..sedangkan buktinya sudah jelas dan nyata,apa perlu untuk ku jelaskan lagi’’.

M 16; ‘’Cuba kau wahai sahabatku yang bijak lagi budiman  jelaskan dengan bukti bukan sekadar khabar angin dan tuduhan palsu semata-mata’’

AK 47; ‘’Baiklah….,tidak kan kau sedari akan angkara mungkar yang tuan kau telah lakukan di vitnam..contohnya pada 16 mac 1968  pembunuhan di kampung yang bernama ‘MY LAI,lelaki dewasa di pisahkan dari ahli keluarganya lalu di tembak mati di depan ahli keluarga menangis lah si isteri,si anak.,si adik dengan apa yang telah terjadi,bayi juga turut menerima nasibnya sama dan ada juga mayat bayi yang di bunuh di campakan di perigi..,kanak-kanak ,wanita,mahupun warga tua di bunuh tanpa rasa simpati…rumah hangus di bakar..di lakukan kerana di tuduh menyokong..memberi bantuan kepada.komunis vitnam utara. Wahai sahabatku, apakah salah satu senjata yang telah mereka gunakan? ‘’

M 16 ; ” Apakah ia wahai sahabatku?’’

AK 47; Kau masih berpura-pura!...

M 16; Apakah ia….?

AK 47; Diri kau sendiri…tuan kau telah menggunakan diri kau untuk membunuh mereka yang tidak berdosa dan tidak bersenjata…apakah kau masih keliru..apakah kau masih tidak mengaku ……

M 16; Benar kah begitu….

AK 47; ‘’Ya……kenapa? Kau terkejut..sepanjang hayat kau bersama tuan kau tidak sedar akan perkara ini…jelaslah kau ini buta..pekak…dan bisu dengan perbuatan mungkar tuan kau..ingin ku tambah bukti lagi jika kau masih belum jelas….ingatkah engkau peristiwa perang teluk pertama  dan kedua ….pada perang teluk pertama tuan kau telah menceroboh negara Iraq walaupun setelah tentera Iraq yang di ketuai oleh saddam hussian berundur daripada negara kuwait……setelah tuan kau puas menghancurkan negara Iraq dan kekuatan ketenteraan saddam hussian..tuan kau keluar dengan rasa bangga ,boleh di katakan tuan kau menang dengan bergaya tetapi di atas rasa tamak haloba tuan kau dendam yang tidak berkesudahan..rasa marah tidak bertempat tuan kau bermacam tipu helah di buat….sekatan demi sekatan…,bermacam resolusi di meja bulat PBB ,tuan kau bentangkan. Setelah itu perang teluk kedua tuan kau langcarkan,walaupun dunia menentang tuan kau dengan bongkak melakukannya jua .pelbagai alasan..hujah..tuan kau gunakan..seperti untuk memusnahkan senjata pemusnah kerana ia mampu mengancam dunia walaupun terang dan nyata tidak di miliki lagi Iraq semuanya telah dimusnahkan ini di akui  sendiri pemeriksa antarabangsa yang hantar oleh PBB..tuan kau juga berhujah perang di lancarkan demi membebaskan rakyat Iraq daripada pemerintah kuku besi..saddam hussian .hahaha hujah yang naïf sedangkan kekuatan ketenteraan dan politik saddam hussian sudah semakin lemah bila-bila masa dia jatuh dengan sendirinya kenapa masih tuan kau ingin campur tangan?,.Kenapa tidak tuan kau biarkan sahaja rakyat Iraq tentukan cara yang mereka suka menentang saddam hussian yang zalim itu.Jelas dan nyata Negara Iraq menjadi sasaran tuan kau kerana ketagihan tuan kau ke atas emas hitam…minyak. Yang menderita rakyat Iraq …kesemua lapisan masyarakatnya..bayi…kanak-kanak..wanita..warga tua turut merasai pelbagai peluru berpandu…senjata kimia..menderita mereka dengan kesan perang yang tidak wajar di lakukan…walaupun rakyat tuan kau dan dunia menentangnya ,tuan lakukan juga………’’

M 16; ‘’Benarkah begitu zalim perbuatan tuan ku itu?’’

AK 47;’’ Ah….! Apakah kau masih tidak pecaya?!!!’’

M16; ‘’Aku masih tidak percaya…..!!!’’

AK 47; ‘’Benci ku kepada kau makin bertambah!!!……Izinkan aku menambah hujah ku,masihkah kau ingat pada 2001 belaku perkara peristiwa 9/11 serangan pelangaran kapal terbang awan dengan banggunan berkembar WTC  dan pentagon di new york….tuan kau dengan mudah membuat tuduhan tanpa bukti kukuh yang menuduh penganas islam merancang dan melakukan keganasan ke atas orang awan.rakyat Negara tuan kau., yang lebih di kenali al qaedah dan diketuani oleh osama bin laden.lalu mengila tuan kau merancang persiapan misi membalas dendam…tersebar di media barat rasa  curiga terhadap agama dan umat islam ….kebetulan osama bin laden berada di argafnistan dibawah lindungan taliban . kemudian perang menentang keganasan meletus di atas idea tuan kau sendiri yang amat bijak memainkan emosi rakyat tuan kau agar turut sama berperang…kononnya untuk mempertahankan Negara dan memburu  osama….,mewajarkan tindakan keras demi untuk membunuh dan menangkap penganas. Bagi ku ia sekadar di jadikan alas an menentang kebangkitan islam dan melebar luas tanah jajahan serta  menunjukan sikap kemegahan tuan kau sebagai polis dunia, itulah akibat bakal menimpa sesebuah negara  jika menunjukan rasa benci dan tidak tunduk kepada dasar negara tuan kau….setiap kali tuan kau merancang perang yang terbunuh mereka yang tidak bersalah lagi lemah dan tidak mampu bertahan dengan persenjataan moden serta cangih yang di miliki tuan kau.B agi ku setelah hampir semua  negara komunis telah musnah kini agama dan umat islam menjadi sasaran mudah untuk di tewaskan ,kitaran kekejaman berteruskan selagi sikap buas kebinatangan tuan kau belum puas….’’

 M16; ‘’Benarkah begitu………sukar untuk……….a………..ku……….’’

AK 47; ‘’Sedarlah kenapa masih menafikannya……..!!!!!!! huru hara keadaan dunia kerana perbuatan dan sifat buruk tuan kau, menyokong pemerintah yang zalim lagi kejam menindas rakyat selagi mana pemerintah itu di anggap sahabat selagi itu tuan kau memejamkan mata daripada melihat realiti rakyat Negara tersebut…kemiskinan mencengkam hidup seharian sedangkan pemerintah hidup mewah,jika rakyat bersuara di sumbat di penjara rahsia tiada siapa tahu nasib yang menimpa mereka..hilang dari pandangan sesiapa…. Itu semua terima kasih lah kerana peranan aktif yang di mainkan tuan kau menyokong ….berurus niaga maka bertambah kukuh pemerintahan pemerintah kuku besi.Namun jangan di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari ,rakyat bersatu, bersama bangkit melakukan revolusi setelah lama di tekan mereka hilang rasa takut ,berani bersuara melalui perarakan aman besar-besaran di seluruh rantau asia barat walaupun keras tindakan pemerintah ,memukul, mencederakan, membunuh …….di .jordan,yaman,oman ,bahrian,mesir,tunisia,algeria,arab saudi, libya ……….dunia bersuara barulah tuan kau bersuara tegas namun masih bernada kepura-puraan.Kini belakulah serangan di Libya,untuk  menyelamat rakyat daripada di bunuh dan membantu rakyat merasai kebebasan hidup dan berpolitik ….walaupun zon larangan terbang di persetujui liga arab dan PBB namun mereka tidak pernah bersetuju tindakan mengugurkan pelbagai bom….peluru berpandu ke atas Libya..tapi itu yang belaku ,tuan kau bersama sekutunya nato membuat onak beralasan membunuh untuk menghalang,melindungi rakyat daripada di bunuh pemerintah kuku besi lagi gila kuasa…alasan sama secara berteruskan di gunakan oleh tuan kau…memang dasar suka campur tangan dan mengambil kesempatan…….apakah masih belum cukup hujah dan bukti yang aku berikan kepada aku wahai sahabat ku…?

M16; ‘’cukup..!!!!!!!!! lebih dari cukup!!!!!!!!!..Baiklah aku akui semua perbuatan tuan aku lakukan dari dulu hingga kini…namun apa daya aku di cipta tuan aku hanya boleh melihat tapi tidak boleh berkata-kata membantah tingkah laku tuan aku lakukan, aku boleh mendengar tapi tidak boleh lari dari aturan tuan aku aturkan, aku sekadar menuruti perintah,walaupun tidak pernah aku bersetuju….berkenan di hati. Biar lah tuhan membalas perbuatan tuan aku lakukan,jika di dunia dia terlepas hidup selesa namun di akhirat tiada upaya untuk dia lari dari hukuman….tuhan yang maha perkasa…’’

AK 47; ‘’Maafkan aku jika aku terlampau mengikut emosi…ya benar biarkan tuhan membalas perbuatan mereka…tuan kau..kita hanya mampu melihat dan mendengar ………maafkan aku sekali lagi…’’

M16; ‘’tak apa…marilah kita berharap dengan sebenar-benar pengharapan agar kita dapa melihat keadaan dunia aman kembali..tiada penindasan ,ketidakadilan,pembunuhan tanpa hak ke atas sesama insan yang tidak bersalah…’’

AK 47; ‘’Ya benar ,…itu harapan kita bersama………..’’

Thursday, March 24, 2011

sinar keindahan.....beauty of light






strength is born of weakness,
although difficult
there's the beauty of light,
at the end of the journey
life difficulties

kekuatan itu lahir dari kelemahan,


walaupun sukar
 pasti ada sinar keindahan,
di hujung perjalanan
menghadapi kesukaran kehidupan



Assalammualaikum.........kepada sahabat pembaca sekalian...ku harap kalian dalam keadaan ceria sentiasa dalam rahmat Allah...kata-kata di atas ku cipta kerana rasa bosan di hati sekadar hiburan..sambil menulis cerpen  yang baru 20 peratus ku tulis..insyallah menanti masa untuk ku siapkan akan ku siarkan di dalam blog.benar setiap kelemahan pasti Allah akan hadir kekuatan yang kita tidak sangka-sangkakan.dengan syarat kita... bersabar...bersabar dan bersabar..jangan mudah marah,jangan mengeluh kerana ia menghilangkan/mengurangkan pahala...Setiap insan yang sabar amat Allah sayang..di hapuskan dosa melalui ujian..kesukaran dalam kehidupan,di berikan Allah pahala  dengan mudah jika kita bersabar..diri ku ini masih terus mencuba agar kesabaran ku berkekalan  .Ya Allah berikan aku kekuatan agar mampu untuk terus mengharungi ujian......dugaan... kesukaran...kehidupan dengan penuh kesabaran. Amin...

Wednesday, March 9, 2011

One Heart Creative Solution;wow best gila tak rugi mencuba


One Heart Creative Solution


Assalammualaikum rakan pembaca kali ini saya ingin memberi penerangan lebih kepada janji saya pada seorang sahabat facebook agar membantu dia mempromosi perkhimatan yang di sediakan syarikat One Heart Creative Solution. sahabat saya itu berkerja di syarikat berkenaan sebagai  Eksekutif Jualan...boleh di hubungi  alamat ini jika ingin mengetahui lebih lanjut
 

Alamat:
One Heart Creative Solution (002001154-U)
17-1A, Jalan TIB 1/1. Batu Caves Centre Point,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Eksekutif Jualan:
Cik. Shahidat (+6013 300 5476)  
                                                                          






Boleh juga di hubungi di facebook

One Heart Creative Solution | Facebook

Welcome to a Facebook Page about One Heart Creative Solution. Join Facebook to start connecting with One Heart Creative Solution.
http://www.facebook.com/oneheartsolution

One Heart Creative Solution adalah satu syarikat yang masih baru ditubuhkan namun syarikat ini terdiri kumpulan individu yang mahir    serta berkesungguhan selain berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, hiburan, seni reka & fotografi.marilah rakan-rakan pembaca mencuba perkhidmatan yang mereka sediakan sebagai sokongan kepada syarikat ini agar ia bertambah maju pasti anda tidak rugi mencuba kerana perkhidmatan yang di sediakan amat menarik...
Kepakaran mereka juga kepada pengurusan majlis dan acara. Bermula daripada cetusan konsep sehingga selesai acara, mereka memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggan . ini juga bertepatan dengan slogan mereka; ‘Keperluan Anda, Keutamaan Kami’


Kelebihan syarikat  One Heart Creative Solution ini terletak kepada  profesionalisme & kreativiti mereka. mereka amat  komited demi membina hubung jalin kerja yang rapat dengan pelanggan bagi memastikan pelangan berpuas hati dan selesa dengan layanan mereka.

One Heart Creative Solution tidak hanya bekerja bagi memastikan kelancaran majlis. Mereka juga komited dan mempunyai aspirasi dalam menjadikan majlis, acara & program yang unik, mampu mengagumkan dan menjadi ingatan berpanjangan.di antara perkidmatan yang mereka sediakan adalah; Majlis Perkahwinan, Majlis Perasmian & Pelancaran, Majlis Makan Malam,Hari Keluarga, Kursus & Seminar, Ekspo, Konvensyen, Pertunjukan & Persidangan, Program Latihan, Motivasi & ‘Team building’, Konsert & Teater Muzikal

Hubungi mereka segera di talian 013-300 5476 (Cik Shahidat) dan mereka bersedia berunding untuk menjadikan majlis, acara dan program  suatu yang lebih luar daripada biasa.

P.A System
Syarikat ini menyediakan khidmat P.A. System atau sistem audio untuk sebarang majlis dan acara, antaranya:

• Majlis Perkahwinan
• Majlis Perasmian & Pelancaran
• Majlis Makan Malam
• Seminar
• Konsert

Khidmat DJ, Persembahan & Kompang juga disediakan. Pakej  murah dan berpatutan serendah RM 400!!
Hubungi  segera di talian 012-274 0273 (En. Suhairil) untuk tempahan dan pertanyaan. 

Studio Rakaman
 menyediakan khidmat sewa studio rakaman untuk pelbagai tujuan rakaman termasuk rakaman album, rakaman suaran, demo dan pelbagai lagi. Harga untuk penggunaan studio sangat berpatutan dan didatangkan sekali bersama khidmat sound engineer.

Hubungi mereka segera di talian 017-326 2761 (En. Aiman).

Fotografi

menyediakan pakej fotografi perkahwinan yang murah serendah RM 300. Hubungi kami segera untuk membuat tempahan.
 juga menawarkan khidmat fotografi produk untuk tujuan komersil dan penjualan produk.

Hubungi kami segera di talian 014-507 7299 (En. Azwan) untuk tempahan dan pertanyaan.

Buku

Location
Email
oneheartcs@gmail.com
Phone
03-61857594
Website


mereka juga menjual kitab-kitab agama sebagai ..permulaan 
 Dafinah Bookstore


Alhamdulilah janji telah tetunai.......

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...