Friday, April 15, 2011

Usman Awang: Kurang Ajar


Usman Awang: Kurang Ajar

Sebuah perkataan yang paling
ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu

Sekarang kata ini ku ajarkan pada
anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang
ajar
Untuk tidak mewarisi malu
ayahmu

Lihat petani-petani yang kurang
ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari
bangsanya

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memilik sifat kurang ajar

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI PENULIS ,PERBETULKAN DAN BERIKAN PENDAPAT AGAR SEBARANG KELEMAHAN MAMPU DI PERBAIKI
SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI


Assalammualaikum rakan pembaca sekalian untuk kali ingin ku kongsikan sebuah puisi dari Usman Awang,tentang satu perkataan yang selalu kita gunakan untuk merujuk kepada perbuatan dan tingkahlaku yang buruk,tidak menghormati orang yang lebih berusia dari kita. Tidak menunjukan ciri-ciri kemalayuan,tiada nilai ketimuran.

Jangan salah faham bukan tujuan ku menidakan peri penting nya memiliki akhlak mulia,perbuatan baik amat perlu dalam kehidupan kita agar kita hidup dengan lebih teratur. Perkataan yang ku maksudkan ialah ‘’Kurang ajar’’, pada mulanya diri ku hairan dan tidak mengerti apabila membaca bait-bait, rangkap puisi Usman Awang ini. Ini kerana kita di ajar agar tidak kurang ajar oleh ibu bapa,guru dan orang yang lebih 
berusia, malah ia di larang oleh ajaran agama islam.

Tetapi apabila diri ku memahami dengan lebih mendalam erti dan maksud puisi Usman Awang ini ia membawa erti yang tersirat, pada rangkap yang pertama: Sebuah perkataan yang paling,ditakuti,Untuk bangsa kita yang pemalu…..,bagi ku mudah ia membawa erti ada segelintir kita ..m..e..l..a..y..u ini mudah berasa malu kepada perkara,perbuatan yang tidak perlu dalam diri, malu yang tidak wajar kita amalkan dalam kehidupan kita seharian .Malu untuk bertanya,malu kita di tuduh kurang bijak,jahil,takut berubah, takut orang berkata buruk mengenainya diri walaupun ia satu perkara amat penting sekadar menerima malu berusaha untuk mengubah tadir diri sekadar menerima takdir malas berusaha untuk memperolehi sesuatu yang baik kepada lebih baik..lebih baik kepada sempurna ,dari sempurna kepada yang lebih sempurna.

Bukan diri ku berkata yang diri ku ini dah hilang rasa malu yang tidak digalakan,kadang-kala timbul rasa malu yang tidak digalakan dalam diri dan hidupku , semasa mula diri ku awal persekolahan rendah diri ku takut bertanya cikgu takut di marahi cikgu .. ‘’eh punya nak rak aku terangkan kau masih tak faham..lebih baik tak payah sekolah..duduk rumah lebih baik’’ karangku di fikiran apa yang bakal cikgu ku katakan kepada ku kerana sifat malu yang tidak bertempat,tidak sesuai dengan keadaan . kadang kala mengakibatkan diri ku rugi kerana tidak memahami langsung sesuatu mata pelajaran yang di ajar cikgu , sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya, nasi sudah jadi bubur…hahaha usah di kenang barang yang lepas jika di kenang merajuk lah jiwa. Belajar dari kesilapan,masuk diri ku ke sekolah menengah, kenalah buang rasa malu yang tidak bertempat itu kenalah ubah sebelum rabah {pinjam dari ucapan yang kerap ku baca dengar dari segelintir ahli  politik …hahaha jangan marah dan rasa bosan politik itu indah} cikgu boleh saya bertanya boleh cikgu terangkan semula….cikgu apa maksud ini dan ini…saya tak faham…. bertanya ku secara kerap kesian cikgu dah tugas mereka kena lah diri jawab..berlumba-lumba macam kereta F1 diri ku dan sahabat-sahabat bertanya jika tidak faham sesuatu tapi nasib baik cikgu jawab dengan sewajarnya…terima kasih cikgu… faham sikit dah memadai dari tidak faham lansung…terima kasih cikgu saying kamu selamanya….

Pada rangkap terakhir; Suatu bangsa tidak menjadi besar,Tanpa memilik sifat kurang ajar….ini mungkin bermaksud sesuatu bangsa itu tidak akan maju,hebat jika sekadar melihat sesuatu perbuatan yang biasa amalkan dalam hidup seharian walaupun ia akan membawa kerosakan diri di masa yang mendatang. Takut atau malu untuk melakukan perubahan yang membawa kebaikan untuk diri dan kepada sesiapapun…..usahlah kita sesiapapun .UBAH SEBELUM REBAH…jika ada perkara dan perbuatan membawa kita ke arah kecemelangan jadikan ia sebahagian rutin harian kita .PEACE YO. SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI PENULIS ,PERBETULKAN DAN BERIKAN PENDAPAT AGAR SEBARANG KELEMAHAN MAMPU DI PERBAIKI


 --TAMAT--


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...