Wednesday, June 29, 2011

Syair ...? Tahukah anda.....

  
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.

Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

Terdapat beberapa pandangan tokoh sastera mengenai kemunculan syair ini.

A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian


Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Ciri-ciri syair :
Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).

Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan dan lain-lain lagi.

Monday, June 6, 2011

 Geram aku geram,
Kerajaan kaya rakyat papa kedana,
Pemimpin bermewah mewah
Bersenang-senang, bergelak ketawa,bergurau senda di dalam istana mereka
Sedangkan ada rakyat sedih menangis,
Susah di dalam pondok usang menanti masa rebah ke bumi

Geram aku geram
Merempat rakyat  lesu mengenangkan nasib
kenaikan pelbagai keperluan hidup
gula sudah,tarif elektrik,sudah, minyak pasti menyesul
Minyak kosong di tangki, rakyat berfikir marah ‘’ jika minyak……. pelbagai benda pasti naik’’
Merasa segala,menelan semua alas an pemerintah
tiada kemampuan mereka menangung subsidi????
Kenapa? Sedangkan rakyat mereka kasihi,inikah tanda kasih dari pemerintah?

Geram aku geram
Cukai rakyat di gunakan semata-mata untuk kekeyangan kaum keluarga,abang,adik,rakan taulan,
Sekadar di guna menyelamatkan syarikat kroni
Pulangan cukai tidak di nikmati semua rakyat
Hanya sedikit merasa
Kitaran kekayaan Negara di rasa segelintir pemimpin,
penuh kocek
semakin tamak memeras emas
tiada lagi ruang untuk di isi


Geram aku geram
kesetian rakyat sentiasa di tuntut,
semasa kempen pilihanraya
namun derita rakyat selepas setia di beri
sukarkah bagi pemimpin kerajaan mencontohi
sikap khalifah amirul mukminin Saidina Umar al-Khattab
memikiran rakyat jelata
ketika di sajikan hidangan dari arzerbaijan oleh gabenornya Utbah bin Farqad

Khalifah amirul mukminin Saidina Umur al Khattab marah jiwanya
Mendengar utusan gabenornya hidangan Habish (minyak sapu dan kurma)
Hidangan bagi kelas atasan
Lalu medah indah
sepucuk surat di kirimkan buat gabenornya

"Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya
Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya."
Jika rakyatku kelaparan, aku ingin jadi orang yang pertama merasainya.
Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang yang terakhir yang menikmatinya.” [kitab Manaqih Amirul Mukminin yang dikarang oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyah. Hasan Al-Basri, seorang ulama zuhud]




Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...