Monday, April 18, 2011

9 april 1948 Deir Yassin Rentetan peristiwa ''Al-Nakbah''...satu permulaan kepada beberapa peristiwa kekejaman terhadap rakyat palestin..Albert Einstein turut terlibat?

Assalammualaikum rakan-rakan pembacaku sekalian, kita lari sedikit dari revolusi rakyat arab yang masih berlaku sengit dalam usaha menuntut keadilan dari pemimpin mereka yang segelintir nya sekadar memikirkan kepetingan diri sendiri dari kepentingan rakyat  sehingga liputan media dunia semacam melupakan penindasan yang masih belaku dari  tahun 1948 sehingga kini ,pencerobohan,penjajahan,pembunuhan ketidakadilan ,penindasan,penafian hak dan pelbagai lagi tindakan yang tidak berperikemanusiaan  . Mungkin kita terlupa mari kita ingat kembali untuk kali ini aku ingin berkongsi satu sejarah yang bagi ahli sejarah,pejuang keadilan sejati,bangsa arab palestin terutamanya kita umat islam. Ini adalah sebahagian dari rentetan peristiwa yang lebih di kenali sebagai al-nakbah ..kemusahan,bencana…..kehancuran…bagi bangsa arab palestin kita sebagai saudara semanusia,seagama lebih tepat saudara seislam. Bagi kita seharusnya merasai sama penderitaan rakyat palestin ..derita mereka derita kita juga. Bagi mereka yang pakar mengenai sejarah ini pasti akan berhujah, peristiwa ini adalah satu permulaan pencerobohan Zionis yahudi untuk merampas kota suci kita umat islam…kota suci bagi semua agama samawi kota baitumaqadis … peristiwa pembunuhan di satu kampong bernama Deir Yassin pada 9 april 1948 hari jumaat…kenapa kampong ini dipilih? Dari cacatan sejarah , ini kerana kampong berada dekat ,hampir ke laluan ke kota baitumaqadis …ini memudahkan mereka zionis yahudi menceroboh baitumaqadis…  perancangan memusnahkan kampong Deir Yassin dan pembunuhan beramai-ramai tidak kira kanak-kanak,warga tua,ibu mengandung wanita,gadis menjadi mangsa ada juga di ceritakan anak-anak gadis turut di rogol ,bagi penduduk Deir Yassin yang masih hidup di halau lalu menjadi pelarian…mereka telah merancang dengan rapi,mereka memilih waktu dalam beberapa hari mandate PBB kepada  penjajah inggeris tamat.Peristiwa ini membantu zionis yahudi ke arah penistiharan penubuhan negara Israel pada 14 MAY 1948. Kini nama Kampung Deir Yassin hilang dari peta dunia,ia telah menjadi sebahagian wilayah Negara haram Israel .

....................................................................................................................................................................

Pada 9 april 1948 di waktu awal pagi yang kelam,belaku serangan oleh pasukan komando Irgun yang di ketuai oleh menachem begin ,dan bersama pasukan stern Gang juga dikenali dalan bahasa Hebrew ‘’Lehi’’-  ‘’Lohamei Herut Israel’’ [Fighters for the Freedom of Israel]  dipimpin pula oleh Avraham Stern serta pasukan Haganah di ketuai oleh David Shaltiel yang sangat terlatih aspek ketenteraan dan pertempuran,  ke atas perkampungan Deir Yassin yang di huni seramai 750,majaroti penduduk beragama islam.Beberapa hari sebelum tamat mandate british.kampung berkenaan terletak di luar kawasan yang bakal di jadikan sebahagian daripada Negara haram Israel yang di cadangkan PBB.Deir Yassin mempunyai reputasi yang aman damai di ceritakan sendiri oleh surat khabar yahudi sendiri sehingga militant/pejuang arab keluar dari kampong berkenaan  .tetapi kerana ia terletak di kawasan yang strategit,berada di kawasan tinggi,berada diantara Bandar tel aviv dengan baitumaqadis dan satu rancangan rahsia di rancang.satu arahan memusnahkan dan menghalau keluar penduduk di situ untuk membina sebuah lapangan terbang kecil yang akan digunakan mengepung Bandar baituqamadis ..memudahkan mereka merampasnya di kemudian hari.

File:JerusalemWest1943.jpg
Peta Deir Yassin 1948


Serangan dari arah timur dan barat

Ini adalah perancangan yang sangat rapi ,penghapusan secara besar-besaran .Di waktu pagi itu,pasukan Irgun dan Sters Gang di arahkan melakukan serang oleh Haganah sebagai ketua turus ketenteraan yang bertanggujawab ke atas serangan kampong DEir Yassin.Mereka membunuh dengan keji ,kejam,tiada nilai kemanusian,,membunuh tanpa ada nilai sempati dan selepas pembunuhan mereka berasa bangga diri mengumumkan diri mereka pelaku yang amat gagah berani.di ingat sesiapa satu kejadian yang menakutan pada hari itu ketakutan menjalar[tersebar] khabar kekejaman itu dari rumah ke rumah,dari kampong ke kampong sekitarnya yang lain .Penduduk palestin di deir yassin sebahagian besar menjadi pelarian ,dihalau pergi melarian diri,pergi tidak kembali sehingga kini. Itu yang diinginkan mengwujudkan rasa ketakutan di hati penduduk palestin agar dengan mudah memaksa penduduk palestin melarikan mudah mereka zionis merampas tanah milik peduduk palestin.

Pasukan serangan zionis seramai 132,Irgun 72,Sters Gang 60 orang yang lengkap bersenjata revolvers[piston],raifel[senapang] automatik,machine guns, dan bom tangan bersedia untuk digunakan di bahagi kepada dua pasukan,pasukan Sters Gang di arah menyerang dari arah timur ,manakala Irgun di arahkan menyerang dari arah barat. S ekitar jam 3.00 pagiBelaku beberapa pertempuran di antara penjuang-pejuang palestin yang masih ada di kampong deir yassin dengan pasukan zionis,dari arah barat pertempuran belaku sengit menyebabkan beberapa pasukan Igun mati atau tercedera,mereka terpaksa berundur seketika. Mereka pasukan Irgun memutuskan untuk membunuh tawanan yang Berjaya di tawan,kemudian mereka irgun bergabung dengan pasukan stern gang . terus menyerang dari arah barat kelihatan mereka bakal memperolehi kemenangan. Pada sekitar 11.00 pagi lebih kurang 100,sebahagiannya wanita dan kanak-kanak. Empat pasukan zionis mati di tangan pasukan pejuang palestin di kampong berkenaan.Bantuan yang di nantikan penduduk dan pejuang-pejuang palestin daripada luar deir yassin tidak kunjung tiba ini kerana jalan dan laluan ke kampong deir yassin telah di halang dan ditutup oleh pasukan zionis Haganah
Tepat waktu tengah hari 25 orang lelaki penduduk kampong di masukan ke dalam trak di bawa berarak melalui quarter zakhron yusef di baitumaqadis[Jerusalem] lalu mereka di bawa ke kuari batu yang terletak di jalan antara Givat shaul dan deir yassin lalu di tembak mati. Ada juga mayat di campakan di lereng-lereng bukit yang berdekatan,
baki penduduk kampong di halau ke kawasan arab di timur Jerusalem/baitimaqadis.

Menjelang waktu malam pasukan Irgun dan ster gang mengiringi wartawan luar Negara terutamanya dari barat pergi ke Givat shaul berhampiran penempatan yahudi yang diasaskan pada tahun 1906. Sambil minum teh dan makan biskut,mereka bercerita ,mereka kenyataan tentang peristiwa serangan itu …mereka menyatakan arab dari syaria dan Iraq merancang menyerang Bandar barat Jerusalem /baitumaqadis ,mereka turut berhujah 25 ahli haganah terpaksa memberi bantuan menyerang dan mengatakan juga mereka telah memberi amaran dalam bahasa arab melalui pembesar suara dari kereta perisai. Ini telah di laporkan di akbar New York Timur pada 10 april 1948. Ini satu pembohongan belaka.


File:Irgun statement, April 1948.png
Kenyataan Irgun dalam inggeris








Laporan di waktu itu.

The Palestine Post 11 April 1948.

 File:Palestine Post April 11 1948.JPG




  






















Jumlah rasmi akhir 254 mayat  telah di laporkan oleh wartawan New York Time,sehari selepas di kebumikan. Kemudian keluar kenyataan dari ketua pemimpin Haganah menjarakan diri tidak mengaku terlibat sama dalam serangan itu .Pemimpin zionis Haganah berpura-pula dengan menyatakan yang mereka berasa tindakan ganas Irgun dan ster gang memalukan. Tidak menghormati maruah pasukan bersenjata dan merendah kan bendera yahudi. Sedangkan pasukan Haganah telah membantu dan mengarahkan tindakan ganas dan kejam. Walaupun mereka tidak meyertai dalam kekejaman dan penjarahan selama operasi "pembersihan" secara lansung, namun mereka adalah pengerak di belakang tabir tindakan ganas pengganas zionis.
Mereka juga mengetepikan fakta dalam kata-kata ketua pemimpin Irgun Menachem Begin,  

‘’Deir Yassin di tawan dengan pengetahuan pasukan Haganah dan dengan persetujuan komander Haganah ia adalah sebahagian rancangan untuk membina lapangan terbang’’

Bahkan Ben Gurion telah menghantar surat pemohonan maaf kepada Raja Abdullah, tapi ini salah satu penyesalan yang penuh kepuraan. Malah peristiwa ini di guna dengan sebaiknya untuk membantu impian mereka sebuah Negara masa depan Israel dengan menjadikan Baitumaqadis timur sebagai ibu Negara haram mereka.

Berhujah Begin;

Menurut pandangan masyarakat arab seluruh Negara,pecaya akan cerita liar Irgun penyembelih.,mereka diselubungi rasa panic [ketakutan] dan mereka mula melarikan diri untuk menyelamatkan diri masing-masing …perkembangan  yang kalut akan  berkembang kepada kegilaan,pernyerbuan yang tidak terkawal. Membawa kepada perkembangan  
nilai ekonomi dan politik yang significance yang tidak boleh di abaikan

144 buah rumah ,10 buah rumah musnah di letupan .kemudian  perkuburan turut dimusnahkan dengan bulldozer dan ratusan kampong palestin yang lain menanti giliran pula untuk di musnahkan, Hilanglah Deir Yassin dari peta dunia,Deir Yassin kini menjadi sebahagian daripada Kfar Shaul Mental Health Center,sebahagian daripada wilayah haram negara Israel .

Menjelang bulan September,Yahudi orthodox pendatang dari Poland,Romania dan Slovakia  menetap di kampong berkenaan mengantikan penduduk palestin yang telah mati dan di halau,ini telah menjadi objection Martin Buber,Cecil Roth dan pemimpin yahudi yang lain, mempecayai sewajarnya kampong Deir Yassin tidak di biar kosong tidak berpenghuni. Pusat desa masih di kekalkan dengan nama Givat Shaul Bet. Setelah semakin berkembang Bandar baitumaqadis tanah kampong Deir Yassin menjadi sebahagian Bandar yang berada diantara Givat Shaul dan penempatan di bahagian barat lereng gunung Har Nof
  
pembunuhan penduduk palestin di Deir Yassin salah satu peristiwa yang sangat significant di kurun 20 bagi sejarah Israel dan penduduk palestin,bukan kerana size dan kekejamannya tetapi ia memberikan satu amaran kepada kira-kira 400 kampung dan Bandar arab serta di huni lebih 700,000 penduduk palestin untuk memberi ruang kepada mangsa Holocaust yang terselamat dan yahudi yang lain dari serata dunia.

Cerita mereka yang selamat.

Mr.Fahami zeiden yang berusia 12 semasa peristiwa bercerita;

Beberapa yahudi mengarahkan keluarga kami agar berbaris menghadap dinding,mereka mula menembak kami ..tembakan itu kena di bahagian badan saya..kebanyakan kami kanak-kanak terselamat kerana bersembunyi di sebalik ibu bapa kami..peluru terkena Kadri adik perempuan saya [4 tahun] di kepala ,adik perempuan Sameh [8 tahun] di dada,adik lelaki saya muhammed [7] di dada.Tetapi mereka yang lain berdiri menghadap dinding terbunuh: ayah ibu,datuk, dan nenek,bapa saudara dan ibu saudara saya dan beberapa anak mereka……..

Ms. Haleem Eid:

…..seorang lelaki yahudi memembak di leher.kakak ku yang mengandung 9 bulan..kemudian perut nya di belah dengan pisau sembelihan….

Ms. Naaneh Khalil berusia 16 semasa kejadian :

mereka mengambil sebilah pedang dan memotong dari kepala hingga ke kaki….kemudian melakukan perkara yang sama dalam perjalanan ke rumah sepupu ku Fathi…

Ms Safiyeh Attiyah;

……saya menjerit tetapi wanita lain turut di rogol…sebahagian lelaki itu menjadi cemas menarik anting-anting dengan pantas sehingga merobek telinga kami..

 Albert Einstein turut terlibat?
 
Pertubuhan telah berperanan mengumpul kutipan dana dari amerika dari pelbagai golongan ilmuan,jutawan yang bersimpati dengan perjuangan zionis yahudi untuk membantu kewangan.. Stern Gang yang telah melakukan pembunuhan di Deir yassin…melalui Shepard Rifkin pemimpin pertubuhan  American Friends of the Fighters for the Freedom of Israel  .Shepard Rifkin juga bertindak sebagai pengarah executive dan  sebelum penubuhan Negara haram Israel pada may 1948.  
Di atas peranan beliau,berhubung Berjaya memujuk  Albert Einstein yang bersimpati dengan perjuangan zionis .Einstein memberi bantuan kewangan kepada Stern Gang  dan memberi kejasama demi mengutip bantuan di amerika. Namun pada april 10 1948,selepas pembunuhan bangsa arab palestin di kampong Deir Yassin, Einstein tergesa-gesa menulis surat penyesalan dan telah tersedar lalu  menulis Stern Gang sebagai kumpulan pengganas dan penjenayah…ini semua tiada erti lagi.,pembunuhan telah belaku apa perlu lagi kekesalan .sudah terlambat..
Surat itu Berjaya di beli semasa lelongan di Sotheby’s pada 21 June 2007 oleh Danial McGowan sebagai pengarah executive  Deir Yassin Remembered. Dengan harga 8 500,harga yuran 1 700 dan 175 doler sebagai kos penghantaran.Ia termasuk dokumen,gambar dan dan pelbagai lagi barangan berkenaan dengan pembunuhan beramai di Deir Yassin.




Rujukan ku dari laman web http://www.deiryassin.org
Buku bertajuk,Membongkar perancangan Israel Raya tulisan Herry Nurdi









1 comment:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...