Tuesday, March 29, 2011

Politik…betul ke ia membosankan ..?Penting ke ia bagi kita?









Asalammualaikum…………..kepada rakan-rakan pembaca sekalian semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah.Apa yang bakal ku tulis mungkin mengundang rasa bosan bagi setenggah golongan namun ku harapkan ia membantu serba sedikit kita mengubah pemikiran kepada satu perkara yang boleh di kirakan amat penting …Politik… Politik…betul ke ia membosankan ..?Penting ke ia bagi kita?.Apa yang ku tulis sekadar pandangan peribadi sahaja..jika ada kesilapan berilah pandangan dan teguran yang membina.Penulisan ku sekadar pendapatku secara umum sahaja, sila rujuk pada mereka lebih pakar pasti mereka dapat memberi pandangan lebih jelas. dan. dengan lebih terperinci

Pada mulanya diriku ini tidak lah meminati perkara ini mungkin kerana pada waktu itu pemikiran ku masih pada peringkat awal perkembangan akal,masih belum boleh berfikir secara matang tentang ‘’Politik…alas an yang lebih mudah kerana belum cukup umur untuk mengundi..sibuk dengan hidup awal remaja [ketawa seketika].

Oleh kerena ketidakmatangan ku .politik ku anggap sangat membosankan..,lebih baik ia di fikirkan oleh ahli politik, yang paling teruk diriku berfikiran politik itu buruk,kotor pemecah belah negara.tetapi apabila sikit demi sedikit..langkah demi langkah diri ku mula meminatinya,mula membaca rancana,akbar.,buku politik,mula mendekati mereka yang berani bersuara meluahkan minat terhadap ‘’Politik’’.berubah pandangan ku kepada politik, bagi ku politik ini sesuatu perkara yang baik ,satu seni yang indah.,politik itu amat penting,politik tidak bersalah dan ia tidak buruk lagi kotor tapi yang bersalah adalah segelintir ahli politik yang hanya memikiran untuk hidup mewah,berkereta mewah,membina rumah seperti istana,mengunakan politik untuk kepentingan diri dan hanya untuk kehebatan dan keselesaan sahabat [kroni] ,keluarga daripada memikirkan kebaikan dan kebajikan rakyat yang berada di bawa jagaan dan menjadi amanah mereka menjaganya,berpolitik secara menyebarkan fitnah tanpa ada bukti yang jelas untuk menjatuhkan lawan dengan cara yang amat buruk .Sekadar ingin undi rakyat tapi meninggalkan bila memperolehi sokongan mereka…….. 

wahai segelintir ahli politik,ahli dewan undangan negeri dan ahli parliman yang budiman jika anda ingin  sokongan rakyat jangan lah mengabaikan suara rakyat,menidakan keadilan dan kebajikan kami,menekan kami agar menyokong anda secara paksaan dan ugutan ..sebagai contohnya tiada pembanggunan,kebajikan rakyat di abaikan jika mengundi parti yang berlainan daripada kebiasaannya itu hak rakyat memberi sokongan kepada sesiapapun berkenan di hati.Jangan menghalang hak rakyat berpolitik,jangan menghalang rakyat menegur anda wahai sekalian  ahli politik jika anda mengabaikan hidup kami dan melakukan kesilapan. rakyat inginkan yang baik akhlaknya yang dapat memimpin rakyat  ke arah kebaikan agar rakyat  mampu menjadi warganegara yang baik lagi patuh pada undang-undang Negara, dan taat pada agama sewajarnya anda memberi contoh tauladan sebagai pemimpin dan adil dalam setiap perbuatan

Mari kita berfikir sejenak apa peranan kita sebagai orang muda kepada pembentukan hala tuju Negara?pastinya ada pelbagai pandangan dan pendapat yang bakal di lontarkan,bagi ku mudah jika kita sebagai umat islam pasti ingin melihat Negara menjadi sebuah Negara islam yang berkebajikan,melaksanakan undang-undang /hukum Allah,di mana kita rasa selamat dan selesa menjalani kehidupan…beribadah dengan aman tanpa halangan,sebuah Negara yang di dalamnya ada pemimpin dapat mencegah rakyat melakukan kemungkaran dan  memimpin rakyat agar melakukan kebaikan,pemimpin yang melaksanakan cara pemerintahan islam dalam erti kata sebenar dalam mentabir urus hal ewal negara dan rakyat.,menjadikan para ulamak sebagai penasihat dan panduan memimpin negara..pemimpin yang berakhlak mulia..seperti mana kata-kata iman al iman ghazali: ''rosaknya m asyakat dalam sebuah negara adalah di sebabkan oleh rosaknya raja atau pemerintah....'' [sila perbetulkan jika ada kesilapan dan rujuk kepada mereka yang lebih arif tentang politik islam], jika baik seorang pemimpin maka dengan sendirinya baik lah rakyatnya..


Umumnya kita pasti ingin kita semua ingin sebuah Negara yang aman damai..keadilan untuk semua rakyat tanpa melihat perbezaan pada warna kulit,bangsa, dan agama … bebas mengamalkan adat istiadat ,budaya dan agama masing-masing. Dengan cara apa dapat kita menentukan hala tuju Negara? Tidak lain tidak bukan pastinya melalui tanggungjawab kita sebagai rakyat iaitu mengundi…hanya kepada mereka yang dah 21 tahun ke atas,bagi mereka yang belum cukup syarat tanamkan impian anda untuk mengundi di masa depan. Kepada mereka yang dah cukup umur fikir secara mendalam apa pilihan anda dengan penuh bijaksana. Satu nasihat yang cukup mudah dari diri ku hamba Allah yang hina ini..undilah kepada calon sesebuah parti itu berdasarkan kebaikan yang jujur dan ikhlas bukan kepada nilaian rasa perkauman yang tidak wajar,bukan berdasarkan semangat kenegerian yang sempit,bukan kepada semangat kepartian dan kemewahan semata-mata tapi dengan nilaian yang membawa ke arah keadilan,kebajikan dan kebaikan kehidupan kita semua sebagai rakyat.. Kita lah penentu masa depan negara tidak salah kita cuba berfikir tentang kepentingan politik dalam hidup kita ,kita dapat mencorak perjalanan negara mengikut aturan yang kita fikirkan baik demi masa depan yang lebih gemilang....   Undi jangan tak undi

Sekian dari ku ……..

         

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...