Aku dan
Si gadis penjahit
Aku;
wahai sahabat ku sayang si gadis penjahit
sudikah kiranya kau menjahit luka takdirku
agar aku tabah sentiasa
sudikah kiranya diri mu mengunting kain kelemahan
agar dapat memiliki, mencari,mengengam kekuatan diri
sudikah kiranya diri mu mengunakan mesin jahit hati mu
menjahit pakaian yang indah buat ku yang kadang kala kesejukan
dek kerana hujan ketidaktenangan
dek kerana sifat ku kadang kala lesu dalam menerima ujian dan dugaan dunia
bukan tidak ku dapat memerima
takdir tanda cinta Allah kepadaku
bukan tidak ku memiliki kekuatan setaraf adiwira walau sedikit debu yang kecil
bukan tidak ku memiliki sedikit pun sifat kehambaan ,
keteguhan kesabaran yang wajib ku miliki seperti mana di tuntut syariat
cuma kadang kala tidak ku miliki sebuah benteng batu yang kukuh selalu
sudi kah kiranya diri mu sahabat ku gunakan tali tip mu
untuk mengikat setiap susunan benteng batu agar ia sentiasa kukuh selamanya
pakukan ia dengan kemas dengan jarum peniti mu
agar benteng batu itu tidak mudah runtuh berkecai
seperti serpihan-serpihan kaca
moga benteng batu itu sentiasa kukuh
mampu menahan,memenjarakan sifat yang ku perlukan
dalam menghadapi dugaan agar ia tidak lari dari diri ku buat selamanya
Si gadis penjahit;
apalah daya ku gadis penjahit untuk mengubah tadirmu
mengukur akan ketabahan ,kecekalanmu
kembali pada Allah
Dia yang menciptamu
dia jugalah yang menguji keimananmu
sesungguhnya Dia maha mengetahui
SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI. YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA HANYA ALLAH.
Assalammualikum puisi itu ku tulis daripada SMS ku kirim kepada sahabatku (perempuan)seorang gadis penjahit,. Yang berbunyi begini
‘’ wahai sahabat ku sayang si gadis penjahit
sudikah kiranya kau menjahit luka takdirku
agar aku tabah sentiasa’’
SMS balas sahabat ku itu;
apalah daya ku gadis penjahit untuk mengubah tadirmu
mengukur akan ketabahan ,kecekalanmu
kembali pada Allah
Dia yang menciptamu
dia jugalah yang menguji keimananmu
sesungguhnya Dia maha mengetahui
ia ku kirim kerana semasa keadaan ku yang sedang bersedih terkenang permergian adik kesayanganku.,sekadar ingin menghilangkan rasa sedih dan menguji reaksi dia apakah dia mampu mengungkap kata-kata penawar kesedihan ku..indah indah olahan dia. Hilang sedikit rasa kesedihan.,dia pernah mengirim SMS balas kepadaku yg dia tiada bakat menulis puisi dan sebagainya..tapi bagi ku setiap manusia ada bakat yang terpendam. Bagiku jika perempuan mula menulis ia lebih menarik kerana sifat keibuan yang ada pada mereka,dan kelembutan yang ada pada mereka yg mungkin mereka sedari atau tidak…yang terpendam atau tersurat ..Benar katanya kita seharusnya kembali kepada Allah jika takdir tidak meyebelahi kita ingin ku tambah sedikit di sini kita sewajarnya bersangka baik terhadap Allah, ujian yang diberikan ,ia tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Membantu kita menghapuskan dosa kita yang lalu…tapi kita termasuk diri ku sendiri sering terlupa peranan ujian di dalam kehidupan kita, ia juga untuk menguji keimanan kita dan diri ku jua hebat ke tidak? Tinggi ke rendah tahapnya, balasan syurga bukan mudah untuk di miliki seperti firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang bermaksud;
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada mu(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka di timpa malapertaka dan kesengsaraan serta di gucangkan (dengan bermacam-macam cubaan)
Tapi kita dan diri ku sendiri, perlulah menepati syarat yang kadang kala kita termasuk diri ku sendiri sukar untuk kita dan diri ku sendiri laksanakan secara berterussan iaitu sifar kesabaran dalam menghadapi segala ujian,cubaan seperti kesakitan,penyakit yang menimpa diri,putus cinta,orang menzalimi diri kita dan sebagainya. Jika setelah mampu kita bersabar barulah kita dapat merasai nikmat,hikmah ujian yang menimpa diri ,bertapa indah nya ujian itu kepada kita. Kesejateraan dan kebahagian serta dib alas dengan sebaik baik balasan iaitu kita di masukan ke dalam syurga. Janji kita dan diri ku terus bersabar dan bersabar….dengan bersabar pahala yang tidak terkira banyaknya mudah untuk kita miliki. Bersabar dan bersabar seperti mana sabarnya junjungan mulia kita ‘’Nabi Muhammad s.a.w’’ dengan segala ujian dan cubaan yang menimpa baginda ,baginda terus bersabar dan bertambah kecintaan baginda kepada Allah… Ya Allah ya tuhan kami,kekalkanlah diri kami,keluarga kami,sahabat kami dan seluruh saudara seagama kami sifat sabar di dalam hati dan tingkah laku kami…..
SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI. YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA HANYA ALLAH.
-SEKIAN-
No comments:
Post a Comment