Friday, December 10, 2010

..Sukar untuk ku jelaskan. mungkin sukar untuk difahaminya.


















.Sukar   untuk ku jelaskan. mungkin sukar untuk difahaminya.








Ku lalui keindahan yang sukar   untuk ku jelaskan.
mungkin sukar untuk difahaminya,
jika mereka tidak mengharunginya
walau ku tahu sukar ia untuk ku milikinya
masih terus mecari dan mencari
sudah pasti akan ku miliki jua
kata-kata  indah semata tidak mempu di jadikan kunci
membuka pintunya
pelbagai duri harus ku harungi
pelbagai keinginan perlu ku korbankan
masih sukar sukar....sukar
kepada ku.....kau dan sesiapapun
perlu sentiasa miliki jiwa kehambaan sejati
itulah cinta akan Allah dalam erti kata sebenar-benar cinta hakiki...........

sukar di miliki...sukar di gengam
bagi mereka tidak memiliki jiwa ...jiwa seorang hamba..
jiwa kesabaran..

Wednesday, October 13, 2010

Sahabah Muslim

Sahabah Muslim



Sahabah Muslim adalah syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk sticker berbentuk kaligrafi & moden yg dikenali sebagai decal/wall picture dirumah, pejabat, masjid, kenderaan & lain-lain.Ini serba ringkas ttg sahabah muslim ;
sahabah muslim di tubuhkan pd thn 2010,syarikat ini mengeluarkan produk sticker berbentuk kaligrafi & moden yg dikenali sebagai decal/wall picture dirumah, pejabat, masjid, kenderaan & lain-lain dan dlam masa terdekat ini  akan membuka kelas khat utk kanak2 & dewasa.Sykt kami disokong kpd 5 bhgian iaitu khat writer, interior designer, R&D, marketing/sales & manufacturing. Mari cuba keindahan seni rekaan syarikat agar kesenian islam dapat kita sanjung dalam kehidupan seharian kita...

utk lebih lanjut hubungi  En. Mohd-Zaidi 019 2811476 dapat juga di hubungi melalui facebook.....








Location:



KlangMalaysia41050


Phone:



0192811476

kesepian



kesepian


kesepian merantai diriku
merantai kaki dan kedua belah tanganku
perlu ku leraikan ia
agar mampu ku melangkah deras
mampu berlari gagah 
merentas sempadan
kekecewaan 
mencari sesuatu yang bernilai
di sebalik kesepian
ada keindahan........10/13/10

Monday, September 20, 2010

Sahabatku








mekar harum mengwangi mawar
di taman bunga yang indah
tanda sebuah permulaan persahabatan

Maha luas sifat Mu ya Allah ya tuhanku melebar luas kasih sayang itu sesama insan
Aturan Mu ya Allah cukup luas dan hebat
kasih sayang pada Mu teragung teratas..
kasih sayang akan kekasih Mu
junjunga mulia kami nabi muhammad s.w.s
kasih sayang pada ibubapa kami...
kasih sayang pada umat islam
kasih sayang pada sahabat-sahabat

Sahabatku
sudi kirannya kau menerima senandung kasihku
demi persahabatan sejati yang sedang kita bina
walaupun sukar untukku buktikan buatmu, sahabatku
walaupun luahan ini tidak sesempurna yang di harapkan.
gunung tinggi tidak mampu untukku daki
lurah[lereng]curam tidak upaya untukku turuni
lautan bergelora mustahil untukku renangi
tetapi satu yang mampu untuk janjikan
kata-kata tulus ikhlas dari hatiku

Sahabatku
janganlah kata-kataku di salah ertikan
sekadar kata-kata penghargaan ku lahirkan
Ya Allah ya tuhanku maha permurah lagi maha pengasih
kau permudahkan diriku untuk menjadi sahabat sejati




Sahabatku
terima kasih kerana huluran salam persahabatanmu
walaupun mungkin manusia memandang aneh dan rendah
walaupun mungkin manusia menganggap kecil budimu
tetapi bagiku ia amat besar

terima kasih sahabat
hadirmu istimewa untukku
marilah bersama melalui jalan dunia
yang bersimpang siur
beronak dan berduri
tidak berdaya untukku lalui sendirian

Sahabatku
terlukis sebuah lukisan sebuah persinggahan sementara
kasih sayang sekadar pinjaman daripada Allah
kita hanya mampu meminjam
bukan sepenuhnya dan selamanya buat kita
oleh itu mari kita
rasainya selagi hayat di kandung badan
Y a Allah ya tuhanku
Kau tuhan yang maha agung
memiliki segala puji-pujian di langit dan bumi
Kau berkati hubungan persahabatan iniagar sentiasa di landasan kebenaran dan keikhlansan

Sahabatku
Diharapkan kau terima bingkisan
usang ini
sebagai hadiah buat mu sahabat
mengisi ruangan hidup dan usiamu
yang fana[sementara]ini.....22.mei.2010....12.00pm...sabtu;buat mu sahabatku anisah


Assalammualaikum........kepada pembaca sekalian,terima kasih kerana membaca.Bagi mereka yang baru membaca, selamat datang,terima kasih kerana sudi melihat blog usang ini.Untuk kali ini, ingin ku paparkan dan kongsikan bersama,kata-kata indah buat sahabatku boleh dikatakan istimewa buat ku.Boleh dianggapkan kata-kata di atas itu sebagai hadiah hari jadinya .......





Wednesday, September 15, 2010

Tangisan........buat insan tersayang...

Tangisan tiada erti lagi,

walau ia sederas aliran sungai
mengalir deras,
yang mampu mengalir lagi,

setelah  kau pergi
sepi seketika sekeliling ku
keseorangan dapat ku rasakan
Bagai meniti di atas titian usang
terumbang-ambing cuba menitinya.,
sendirian.....
ku sedari tidak kemampuan
tanganku untuk mengemgam
penetuan tadir,
yang telah tertulis sejak azali

kau umpama sayap ku...
setelah kau pergi
patah sayapku
hilang upaya untukku
terbang
meluncur laju di udara lagi
kita hadapi ujian bersama
saling memahami
keadaan diri,

tiada kata-kata keluhan...
tiada kata-kata kepenatan,
tiada kata-kata rugutan
ketika kita harungi hidup
bersama
tiada kata-kata mampu untukku gambarkan lagi,
keindahan ketika itu...

sejenak ku teringat
dirimu..
mengalir jua air mataku
tidak mampu untuk ku
mengekangnya lagi....
selamanya kau ada
di sudut istimewa hatiku......
selamaya.........selamanya..






Assalammualaikum...salam persahabatan,salam persaudaraan...........terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog ini. Jangan di salah ertikan kata-kata ku di atas ia sekadar untuk meluah rasa pada yang tersayang ,bukan kekasih ,makwe,...cewek atau sebagaiya....tetapi  kerana ingatan ku kepada  adik lelaki ku yang telah meninggal beberapa bulan yang lepas.kematiannya ku rasakan bagai hatiku di hiris sedikit demi sedikit...tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata sudah ditakdirkan dia pergi dariku..Allah lebih menyayangi dia...ku relakan jua walau hatiku masih merintih..kehilangan ..bila teringat..terpaksa aku mencuba menahan air mataku ,biar hatiku saja yang menangis..kematian yang akan dan bakal kita semua tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa,dan yang tua sekalipun...kematian yang tidak lambat tidak cepat ia berada di tengah-tengah diantaranya........kembali kepada Allah tuhan yang maha agung...berkuasa ke atas segalanya.adikku itu ia telah lama menderita sakit hampir 50 hari lebih dia berada di hospital,jangkitan paru-paru oleh itu dokter terpaksa menubuk sedikit di bahagian bawa leher agar tiup dapat terus di sambung ke paru-paru bagi mengantikan tiup yang berada di mulut kerana ia mudah terkena jangkitan kembali ...tiup itu membantu dia bernafas sedikit kerana kegagalan paru-paru membantu bernafas sempura ..  dan jantungnya yang berdenyutan kencang kerana itu dokter kerap memberi ubat tidur untuk memperlahan denyutan jantungnya berdenyut kuat itu.bermalam makku di hospital     di unit rawatan rapi[ICU].mudah kerana makku bekerja sebagai pembantu jururawat di hospital..ayah berulang alih dari rumah ke hospital secara kerap..kerana adikku sering mengalami serangan  kesukaran bernafas yang teruk...sempat untuk ku menziarahi dua kali semasa sebelum dan selepas pembedahan menebuk lubang kecil di lehernya...Ya Allah Ya tuhanku...menderitanya dia......Ya Allah   jika mampu untuk ku biarlah aku merasai kesakitannya...jika dia sakit ia sakit ku jua....Ya Allah ........cucurilah rahmat Mu ke atas rohnya ...tempatkanlah dia dengan para solehi...Ya Allah..perkenankan doa ku ini.....Amin. Bagiku kami saling memahami di antara satu sama lain,hampir meminati perkara yang sama ....ada masa kami bergaduh ia perkara biasa tetapi air yang dicingcang tidak akan putus inikan pula hubugan adik beradik...

Monday, September 6, 2010

Tuhan…

Tuhan…

Aku masih mencari jalan yang sebenar jalan agar aku memperolehi pentunjukMu Ya Allah ,Ya tuhanku .jalan para nabi,rasul dan mereka yang Kau berkati bukan jalan mereka yang Kau murkai…jalan memperolehi cinta Mu.sesunggunya diriku ini tidak layak untuk syurga-Mu tetapi tidak pula sanggup menempuh seksa neraka-Mu ,oleh itu kuniakanlah keampunan kepada ku ampunkanlah dosaku sesungguhnya Kaulah pengampun dosa-dosa besar …kerap kali aku lalai dan alpa dalam  mengingati Mu munajatku kepada Mu…..Ya Allah Y a tuhanku, keampunanMu yang ku  harapkan ,ampuni dosaku masa silam berikanlah diriku ini rahmatMu,Maha besar, Maha agung,Tuhan seluruh alam. Satu-satunya Tuhan yang layak di sembah….
Bertapa hina diri ini,Ya Allah Ya Tuhan, tidak menyedari akan pemerhatianMu setiap saat,setiap minit,setiap jam, sepanjang waktu, siang dan malam.Tidak menyedari akan kekuasaanMu ke atas perjalanan setiap kehidupan ciptaanMu didunia ini.Mudah untuk ku mengucapka ucapan syukur tetapi apakah mampu untuk ku menzahirkan dengan perbuatan amalan secara kekal dan berterusan dengan sebenar-benarnya amalan  yang Kau terima ……oleh itu kurniakan diriku ini kekuatan sekeras batu berlian yang dapatku hiasi hati ku ini dengan permata keimanan yang sejati agar ia dapat bersinar menerangi kegelapan lorong dunia yang bersimpang-siur …….Ya Allah Ya Tuhan izinkanlah diriku agar  sentiasa merasai akan kehadiranMu dalam kehidupanku ini,permudahkanlan ……ku…….merasainya…..memiliki rasa saying,kasih dan cintaMu,Ya Allah Ya Tuhan …..walaupun ku ketahui sukar untukku memperolehinya tanpa onak duri,ranjau berliku tanpa sebarang dugaan yang perlu di tempuhi sepanjangan perjalanan kehidupanku,ia amat mencabar ketabahanku yang tidak mempunyai sifat sabar sehebat para nabi,para rasul………para kekasih…..Mu oleh itu  wujudkanlah ia …..Ya Allah Ya Tuhan…..Kau teguhkanlah hatiku dengan tahap kesabaran ku seteguh mereka yang Kau muliakan yang Kau hiasi di hati mereka sifat berserah diri akan segala ketentuan tadir Mu Ya Allah Ya Tuhan…….sesungguhya Kau Tuhan yang maha kuat…..oleh itu Kau perkukuhkan kekuatan keyakinanku agar akal,jiwa dan perbuatanku terisi dengan ketaatan…kepada Mu sentiasa.Maha perkasaMu……Ya Allah Ya Tuhan,hadiahkanlah ketenangan dan kebahagiaan dalam erti kata sebenar.Anugerahkanlah aku iktizam agar segala usaha ku dengan istiqamah untuk memudahkan aku menemui jiwa kehambaan di celahan rekahan tembok pemisah….penghalang yang memisah……menghalang……sinaran cahaya kebenaran dengan sinaran kelam kepalsuan.
Ya Allah Ya Tuhan……,Kau maha pemberi rezeki ,berikanlah rezeki yang melimpah- ruah,dan dari punca yang tidakku sangka-sangka……. Ya Allah Ya Tuhan,Tuhan yang maha tinggi ….Kau pimpinlah diriku untuk mencari rezeki yang halal agar dapat mengelak setiap anggota badanku daripada menjadi bahan bakar api nerakamu ……jauhkanlah, Ya Allah Ya Tuhan….Tuhan yang memiliki segala ilmu seluas lautan jika hendak dibandingkan dengan ilmu manusia hanya setitis air…oleh itu berikan ilmu yang berguna agar aku  mengenal,tunduk dan hampir denganMu……
 Ya Allah Ya Tuhan….berikan aku kesihatan yang baik dan panjangkanlah umurku agar aku dapat menggunakannya untuk sentiasa beribadah ikhlas keranamu….untuk selamanya
Ya Allah Ya Tuhan, kematian itu adalah sesuatu yang pasti untuk dirasai setiap mahluk.Kedatangannya tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun,oleh itu diharapkan Kau mengakhiri kehidupanku dengan pengakhiran yang baik janganlah kiranya Kau mengakhiri kehidupanku dengan pengakhiran yang buruk iaitu mati dalam keadaan tidak beriman kepadaMu….sesungguhnya Kaulah Tuhan yang berdiri dengan sendirinya….Raja segala raja.
Ya Allah Ya Tuhan….jadikanlah kuburku sebagai tempat istirehat ….kediaman sementara yang selesa lagi indah,bukanlah lubang-lubang neraka tetapi pintu-pintu syurga Mu.Tuhan  Maha pemberi rahmat,limpahilah diriku dengan rahmatMu. Hadirkan dua  malaikat penyoal Mu dengan wajah yang berseri-seri dan mendamaikan….mudahkanlah lidahku untuk menjawab segala persoalan mereka.Hindarilah segala seksa kubur yang amat pedih…
Ya Allah Ya Tuhanku,bangkitkanlah aku dengan dengan sebaik-baik kebangkitan yang indah …sesungguhnya dihari itu tiada pertolongan yang bermakna lagi berguna selain pertolongan Mu….Kau lah hakim dihari pembalasan,maha adilMu Ya Allah ,yang maha adil…hisablah diriku ini seadil-adilnya…beratkanlah neraca timbangan  pahala ku….ringankanlah neraca  timbangan dosa ku…Berikanlah kitab amalan di tapak tangan kananku….bukan sebaliknya celakalah ke adaanku..jika ia terjadi..
Ya Allah Ya Tuhanku,berikanlah aku kekuatan berlari sepantas kilat semasa meniti titian siratulmustakim.Agar aku tidak terjerumus jatuh ke dalam neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan jin yang inkar kepadaMu ketika hidup di dunia.Penuh dengan seksaan yang amat menyakitkan berserta malaikat yang keras penyeksaannya…..
Ya Allah Ya Tuhan….amat besar jasa ibu bapaku,tidak mampu untuk ku membalasnya .Membesarkan diriku ini bagai menatang minyak yang penuh,penat lelah mereka melayan kerenahku…. besar harapanku untuk membalas jasa mereka …. Ya Allah Ya Tuhan…walau ku tahu gunung emas sekalipun tidak mungkin standing dengan budi mereka itu.Kasihanilah mereka dan  seperti mana mereka mengasihani ku sewaktu kecil …..sehingga kini.Ampunilah segala dosa mereka jikalau ada.Akhirilah hidup mereka dengan penuh kebaikan….permudahkan mereka menghadapi maut….jadikanlah kubur mereka tempat yang indah……terang benderang dengan cahaya rahmat- Mu dan  berikan mereka laluan mudah menuju syurga-Mu jauhilah mereka dari seksa neraka-Mu…
Ya Allah Ya tuhanku,berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat,jauhkanlah aku dan keluargaku dari sebarang bencana….masukan kami ke syurga…..serta dari amcaman tipu helah dajal diakhir zaman…
Ya  Allah  ya  tuhanku,Kau makbulkanlah segala  permintaan dan keinginan  ku ini .Kaulah tuhan yang maha pendengar….dengarlah   rintihan hamba-Mu
Selawat dan salam ke atas jujungan mulia  nabi Muhammad s.w.s keluarganya dan sahabat-sahabat baginda…9/6/10
……….Amin……….




Friday, September 3, 2010

Merpati Putih: Karya Usman Awang

Dalam keruncingan manusia bimbang curiga 
terbanglah ia menjelajahi dunia
putih sayapnya melambai cinta damai
bersih bulunya mengibar panji hidup bersama


Merpati putih,jelajahilah dunia ini
hembuskan udara baru yang kau hirup dari malam
bunga-bunga mekar menguntum
bibir-bibir segar tersenyum


Siapa manusia yang tidak putus asa
hiruplah udara baru yang sedar berkembang
isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian
hembuskan nafas pada malam yang lena


siapa manusia yang pernah berkhianat
jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat
duniamu tenggelam bersama patung-patung usang
dicermin hidup ini wajahmu telah menghilang

Sunday, August 29, 2010

Aku


Aku mencari sesuatu,
yg mampu untuk aku jadikan hamparan
permaidani emas
Buat diri ku yg meratap usang
Umpama menungkut Di tepian gantang
Tadirku penuh denga n warna kelabu
Sentiasa berlaku
Tanpa
Kehendak diri
Kadang-kala aku terlupa
Akan peranan seorang
Hamba Allah
Perlu sentiasa bersyukur
Di segala ketentuan-NYA
Kadang-kala aku alpa
Akan kewajibpan
Agar aku sentiasa
Taat, beribadah
Aku tetap manusia
Tidak sempurna
Selamanya.
Sentiasa
Menzalimi diriku
sendiri.



Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...