Monday, September 20, 2010

Sahabatku








mekar harum mengwangi mawar
di taman bunga yang indah
tanda sebuah permulaan persahabatan

Maha luas sifat Mu ya Allah ya tuhanku melebar luas kasih sayang itu sesama insan
Aturan Mu ya Allah cukup luas dan hebat
kasih sayang pada Mu teragung teratas..
kasih sayang akan kekasih Mu
junjunga mulia kami nabi muhammad s.w.s
kasih sayang pada ibubapa kami...
kasih sayang pada umat islam
kasih sayang pada sahabat-sahabat

Sahabatku
sudi kirannya kau menerima senandung kasihku
demi persahabatan sejati yang sedang kita bina
walaupun sukar untukku buktikan buatmu, sahabatku
walaupun luahan ini tidak sesempurna yang di harapkan.
gunung tinggi tidak mampu untukku daki
lurah[lereng]curam tidak upaya untukku turuni
lautan bergelora mustahil untukku renangi
tetapi satu yang mampu untuk janjikan
kata-kata tulus ikhlas dari hatiku

Sahabatku
janganlah kata-kataku di salah ertikan
sekadar kata-kata penghargaan ku lahirkan
Ya Allah ya tuhanku maha permurah lagi maha pengasih
kau permudahkan diriku untuk menjadi sahabat sejati




Sahabatku
terima kasih kerana huluran salam persahabatanmu
walaupun mungkin manusia memandang aneh dan rendah
walaupun mungkin manusia menganggap kecil budimu
tetapi bagiku ia amat besar

terima kasih sahabat
hadirmu istimewa untukku
marilah bersama melalui jalan dunia
yang bersimpang siur
beronak dan berduri
tidak berdaya untukku lalui sendirian

Sahabatku
terlukis sebuah lukisan sebuah persinggahan sementara
kasih sayang sekadar pinjaman daripada Allah
kita hanya mampu meminjam
bukan sepenuhnya dan selamanya buat kita
oleh itu mari kita
rasainya selagi hayat di kandung badan
Y a Allah ya tuhanku
Kau tuhan yang maha agung
memiliki segala puji-pujian di langit dan bumi
Kau berkati hubungan persahabatan iniagar sentiasa di landasan kebenaran dan keikhlansan

Sahabatku
Diharapkan kau terima bingkisan
usang ini
sebagai hadiah buat mu sahabat
mengisi ruangan hidup dan usiamu
yang fana[sementara]ini.....22.mei.2010....12.00pm...sabtu;buat mu sahabatku anisah


Assalammualaikum........kepada pembaca sekalian,terima kasih kerana membaca.Bagi mereka yang baru membaca, selamat datang,terima kasih kerana sudi melihat blog usang ini.Untuk kali ini, ingin ku paparkan dan kongsikan bersama,kata-kata indah buat sahabatku boleh dikatakan istimewa buat ku.Boleh dianggapkan kata-kata di atas itu sebagai hadiah hari jadinya .......





2 comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...