Wednesday, September 15, 2010

Tangisan........buat insan tersayang...

Tangisan tiada erti lagi,

walau ia sederas aliran sungai
mengalir deras,
yang mampu mengalir lagi,

setelah  kau pergi
sepi seketika sekeliling ku
keseorangan dapat ku rasakan
Bagai meniti di atas titian usang
terumbang-ambing cuba menitinya.,
sendirian.....
ku sedari tidak kemampuan
tanganku untuk mengemgam
penetuan tadir,
yang telah tertulis sejak azali

kau umpama sayap ku...
setelah kau pergi
patah sayapku
hilang upaya untukku
terbang
meluncur laju di udara lagi
kita hadapi ujian bersama
saling memahami
keadaan diri,

tiada kata-kata keluhan...
tiada kata-kata kepenatan,
tiada kata-kata rugutan
ketika kita harungi hidup
bersama
tiada kata-kata mampu untukku gambarkan lagi,
keindahan ketika itu...

sejenak ku teringat
dirimu..
mengalir jua air mataku
tidak mampu untuk ku
mengekangnya lagi....
selamanya kau ada
di sudut istimewa hatiku......
selamaya.........selamanya..






Assalammualaikum...salam persahabatan,salam persaudaraan...........terima kasih kepada sesiapa yang membaca blog ini. Jangan di salah ertikan kata-kata ku di atas ia sekadar untuk meluah rasa pada yang tersayang ,bukan kekasih ,makwe,...cewek atau sebagaiya....tetapi  kerana ingatan ku kepada  adik lelaki ku yang telah meninggal beberapa bulan yang lepas.kematiannya ku rasakan bagai hatiku di hiris sedikit demi sedikit...tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata sudah ditakdirkan dia pergi dariku..Allah lebih menyayangi dia...ku relakan jua walau hatiku masih merintih..kehilangan ..bila teringat..terpaksa aku mencuba menahan air mataku ,biar hatiku saja yang menangis..kematian yang akan dan bakal kita semua tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa,dan yang tua sekalipun...kematian yang tidak lambat tidak cepat ia berada di tengah-tengah diantaranya........kembali kepada Allah tuhan yang maha agung...berkuasa ke atas segalanya.adikku itu ia telah lama menderita sakit hampir 50 hari lebih dia berada di hospital,jangkitan paru-paru oleh itu dokter terpaksa menubuk sedikit di bahagian bawa leher agar tiup dapat terus di sambung ke paru-paru bagi mengantikan tiup yang berada di mulut kerana ia mudah terkena jangkitan kembali ...tiup itu membantu dia bernafas sedikit kerana kegagalan paru-paru membantu bernafas sempura ..  dan jantungnya yang berdenyutan kencang kerana itu dokter kerap memberi ubat tidur untuk memperlahan denyutan jantungnya berdenyut kuat itu.bermalam makku di hospital     di unit rawatan rapi[ICU].mudah kerana makku bekerja sebagai pembantu jururawat di hospital..ayah berulang alih dari rumah ke hospital secara kerap..kerana adikku sering mengalami serangan  kesukaran bernafas yang teruk...sempat untuk ku menziarahi dua kali semasa sebelum dan selepas pembedahan menebuk lubang kecil di lehernya...Ya Allah Ya tuhanku...menderitanya dia......Ya Allah   jika mampu untuk ku biarlah aku merasai kesakitannya...jika dia sakit ia sakit ku jua....Ya Allah ........cucurilah rahmat Mu ke atas rohnya ...tempatkanlah dia dengan para solehi...Ya Allah..perkenankan doa ku ini.....Amin. Bagiku kami saling memahami di antara satu sama lain,hampir meminati perkara yang sama ....ada masa kami bergaduh ia perkara biasa tetapi air yang dicingcang tidak akan putus inikan pula hubugan adik beradik...

2 comments:

  1. Semoga rohnya di tempatkan bersama para solihin..
    al-fatihah...Amin

    ReplyDelete
  2. emm..bersabar akhi..sesungguhnya kehilangan adik mu itu ade maksud yg tersendiri yg Allah mahu sampaikan kepadamu..sesungguhnya Allah sedang menghantar kasihNya terhadapmu...=)

    ReplyDelete

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...