Saturday, April 2, 2011

aku bosan...dan......bersedekah







salam..kerana diriku kekeringan idea terpaksa mencedok karangan sahabatku penulis blog http://ameentakwa.blogspot.com, ..sebahagian dari cerpen dia masyallah..kali pertama aku membacanya terus  aku tertarik..masih jauh lagi perjalanan ku menulis dalam blog ini kena belajar lagi..kena rujuk blog yang berkualiti agar boleh untuk ku meningkatkan tulisan ku..bukan baru baca tulisan sahabat ku itu..cuma aku sekadar merujuk kembali...cerpen sahabatku itu bertajuk mr kopiah dan miss bertopi..ada satu perkara yang aku inginkan kongsikan tentang perkara amalan yang sering kita lupa untuk lakukan dan kadang-kala sering kita anggap remeh..sering kita rungutkan..permintaan mereka yang mermerlukan walaupun kadang kala kita anggap meyusahhkan kita namun bagi mereka yang memerlukan kadang kala ia menjadi satu keperluan  yang mendesak bagi mereka mungkin ia sukar untuk mereka lakukan sendirian..amalan itu adalah bersedekah..sedekah itu bukan hanya memberi sumbangan wang ringgit..setiap perkara baik kita lakukan kepada manusia lain itu juga di kira bersedekah..jangan merugut kerena ia akan menghilangkan dan mengurangkan pahala kita....Pada masa silam ku pernah aku rasa sedih mungkin kerana kejahilanku macam mana keadaanku yang menghadapi Muscular dystrophy yang menyerang system sarafku sehingga mengakibatkan diriku hilang keupayaan berjalan, terpaksa menggunakan kerusi roda jika ingin keluar rumah…adakah ruang untuk bersedekah? Menakjubkan Allah maha adil,setiap manusia walaupun dalam kesukaran ,kemiskinan boleh bersedekah dan berbuat baik…seperti mana lagu Raihan senyum itu sedekah……………senyum pun dah di kira bersedekah……….,memanglah diriku ini pun kadang-kala sukar untuk senyum, tapi kena lah cuba..walaupun kadang-kala hati ku ini mendidih kena lah sabar dah namanya manusia bukan sempurna…teruskan berusaha untuk senyum


Sebahagian daripada cerpen  mr kopiah dan miss bertopi.;;

…….“Lambat datang hari ni,” sapa Encik Kabir sebaik Eikhlas menjengah masuk ke dalam Nile Store. Dia merupakan pemilik kedai tersebut, manakala Eikhlas menjadi pekerjanya.

“Maaflah, encik. Tadi ada emergency. Saya tolong seorang pak cik yang tiba-tiba sakit jantung. Lepas hantar di hospital, terus saya menuju ke sini,” jelas Eikhlas. “Encik dah nak keluarkah?”

“Ya. Saya sekejap lagi nak ke Kuala Lumpur,” jawab Encik Kabir. “Pak cik yang kamu tolong tu macam mana?” Walau sibuk macam mana sekalipun Encik Kabir, dia selalu mengambil berat terhadap pekerja-pekerjanya.

“Alhamdulillah, dia selamat. Cuma dia terpaksa ditahan buat sementara waktu di hospital. Mungkin keluarganya akan datang melawat dan ambil untuk dibawa pulang,” Eikhlas mengambil tempat di bahagian kaunter. “Faris mana, encik?”

“Dia ada di belakang. Tengah kemas kotak-kotak barangan kedai ni. Nanti kalau dia penat, kamu gantilah pula dia. Biar dia pula yang duduk di kaunter,” Encik Kabir mengukir senyum. Faham benar dengan pekerja-pekerjanya yang suka tugasan di kaunter.

Namun dia tahu, Eikhlas jenis yang tidak memilih tugas. Apa saja yang diarah kepadanya, segera dilakukan. Eikhlas merupakan kawan anak saudaranya, Khayir, yang belajar di Kolej Sunway. Sebelum berpindah ke Nilai UC, Eikhlas belajar di IPTS yang sama dengan anak saudaranya itu.

“Eikhlas tahu, kan? Membantu orang dalam kesusahan merupakan sedekah, dan bersedekah di permulaan hari dapat mengelakkan diri daripada mendapat bala,” ujar Encik Kabir penuh ilmiah. Majikan sepertinya suka berkongsi ilmu yang dimilikinya. Tidak lokek pengetahuan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya; "Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala." [Al-Wasail 6: 257, hadis ke 15]

Sebelum keluar dari kedai miliknya, Encik Kabir mendapati terdapat tumpahan air tin yang membasahi lantai berdekatan dengan pintu masuk. Segera dia menuju ke belakang kedai dan mengambil mop. Eikhlas yang memerhati dari kaunter berasa bersalah. Semasa masuk tadi, dia nampak tumpahan itu. Namun tidak pula terdetik untuk dibersihkannya. Manusia, ada saja yang tidak sempurna dalam diri.

“Eikhlas, nanti tolong tengok-tengokkan kebersihan kedai ni ya. Kalau ada kotoran, cepat-cepat bersihkan. Ingat, kebersihan itu sebahagian daripada tanda-tanda keimanan, dan membuang sesuatu yang menghalang jalan itu salah satu daripada jenis-jenis sedekah,” pesan Encik Kabir setelah selesai membersihkan kotoran tersebut.
“Baik, encik. Terima kasih atas tegurannya.”

“Eh, itu bukan teguran! Itu sekadar peringatan buat kita semua, supaya kita dapat menjaga kebersihan dan mengamalkan sikap bersedekah.” Encik Kabir bertutur perihal akhlak, membuat Eikhlas bertambah hormat kepadanya sebagai seorang majikan.

Beberapa minit selepas Encik Kabir beredar, Faris pula masuk dari belakang kedai. Mukanya sedikit berpeluh. Mungkin letih dengan kerja-kerja mengemas barang. Senyuman terukir sebaik melihat Eikhlas yang setia di kaunter.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” [HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi]
“Assalamualaikum, ustaz!”

“Waalaikumussalam. Adeh, tak habis-habis nak sakat aku dengan gelaran ustaz,” Eikhlas menghulurkan air mineral kepada Faris. “Dah selesaikah kerja-kerja di belakang?”

“Dah,” Faris meneguk air mineral itu dengan gelojoh. “Fuh, lega!” dia menoleh kepada Eikhlas. “Kau ada dengar berita tak?”

“Berita apa?”

“It’s not totally a news, but I can consider it as a gossip,” Faris yang juga pelajar Nilai UC, namun dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, memulaikan bicaranya.

Kebanyakan pekerja Encik Kabir ialah pelajar-pelajar Nilai UC. Lokasi kedainya yang terletak betul-betul di bangunan kediaman pelajar. Bahkan dia lebih senang menggajikan pelajar-pelajar kerana dia tahu sebahagian mereka berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Huhu... gossip ya?” Eikhlas menggaru-garu kepalanya, keningnya diangkat sebelah. “Sebenarnya aku tak suka dengar gosip-mosip ni.” Senyuman diukir agar Faris tidak bertawar hati.

“Tapi gosip yang aku nak sampaikan ni adalah sesuatu yang mengejutkan seluruh kampus!” Faris tetap tidak mahu mengalah. Dia tidak suka kehendaknya untuk berkongsi sesuatu berita tidak diendahkan. “Ada kaitan dengan budak kos engkau...” dia cuba memancing minat Eikhlas. “Khai masuk pertandingan modelling!”
Khai?” Eikhlas tergamam seketika. Ya, dia sendiri akui. Ini merupakan berita yang mengejutkan! Ingin dia bertanya lebih lanjut, namun dibatalkannya hasrat itu kerana dia tidak suka masuk campur urusan orang lain. Bukankah kalau tiada perkara penting untuk dibicarakan, lebih baik diam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berbuat baik kepada tetangganya. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” [HR Muslim]

“Kan aku dah cakap, gosip ni agak mengejutkan kepada semua orang. Kau bayangkanlah, budak tomboy ikut modelling. Huh!” Faris menyambung bicaranya. “Pereka fesyen Khai, Ris Aida. Aku memang tabik spring dengan perempuan tu. Entah apalah yang disuapkannya dengan Khai tu.”
“Hurm... tapi aku ada gosip yang lebih best dari tu!” Eikhlas cuba menukarkan topik perbualan. Sengaja diambilnya istilah ‘gosip’ walaupun apa yang ingin disampaikannya sebenarnya sebuah ‘berita’. Biar tertarik minat Faris untuk mendengar ‘gosip’ versi positif tersebut.

“Wah, ada gosip yang lebih hebat dari gosip Khai! Hah, apa gosipnya tu?”

Eikhlas menarik surat khabar Kosmo, dibentangnya di atas meja kaunter. “Hosni Mubarak dah letak jawatan dari menjadi presiden Mesir. Alhamdulillah!”

Faris memerhati muka depan surat khabar tersebut. Matanya dibesar-kecilkan. Terpampang gambar lautan manusia memegang bendera, bersorak gembira meraihkan kejatuhan seorang presiden. Tak faham Faris maksud semua ini.

“Mengapa mereka nampak gembira sangat?” tanya Faris.

“Pasal, seorang pemimpin zalim sudah tumpas. Hosni Mubarak ni presiden diktaktor, kuku besi. Bayangkanlah, dia menyekat segala sukarelawan yang ingin ke Palestin untuk memberi bantuan kepada rakyat di sana. Malah dipasangnya juga kawat besi agar tiada siapa yang boleh lolos keluar masuk di sempadan Mesir-Palestin,” ada nada geram dalam suara Eikhlas.

Faris mendengar dengan khusyuk. 

Eikhlas menyambung lagi. “Bayangkanlah juga, berapa ramai ulama Mesir yang dipenjara, malah dibunuh hanya kerana mereka menyampaikan ilmu yang benar kepada rakyat Mesir. Hosni Mubarak dan kuncu-kuncunya tidak mahu ada orang yang meyampaikan perkara yang boleh menggugat kedudukan pemimpin. Hosni Mubarak, pemerintah tirani abad moden.”

Faris membaca berita Hosni Mubarak tersebut. Hampa dirinya apabila berita yang dititipkan hanya menyebut Hosni Mubarak meletak jawatan tanpa memberitahu sebab-musabab rakyat Mesir membencinya. Nampaknya dia perlu bertanya lebih lanjut dengan Eikhlas.
Selepas Hosni Mubarak berundur, siapa yang pegang Mesir?”


“Pemerintahan Mesir diserahkan kepada tentera sekarang ni. Dan kita perlu tahu bahawa Omar Suleiman, yakni Timbalan Presiden Mesir yang juga Menteri Pertahanan, merupakan salah seorang ‘kunci’ dalam Army Supreme Council tu. Dia ni sangat dan tersangat rapat dengan Israel dan Amerika. Ya, tidak dinafikan dialah yang bertanggungjawab dalam sekatan tembok Mesir-Gaza tu.” Eikhlas menyampaikan informasi yang dibacanya.

“Ya ALLAH! Jadi macam manalah Mesir selepas ni?” Timbul perasaan khuatir dalam diri Faris. Manakan tidak, situasi ini boleh dikatakan sebagai keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya.

“InsyaALLAH, tali barut Israel-Amerika turut akan tumbang seperti mana tumbangnya Hosni Mubarak tu.” Eikhlas tiba-tiba teringat sesuatu. “Ya, baru aku perasan sesuatu.”

“Apa dia? Beritahulah aku,” Faris menjadi teruja tentang isu Mesir.

“Tarikh Hosni Mubarak berundur dari pemerintahan Mesir sama dengan tarikh kesyahidan Assyahid Hassan al-Bana; 12 Februari! Ya ALLAH, inilah peraturan ALLAH. Tidak sia-sia perjuangan assyahid, akhirnya mendatangkan hasil! Allahu Akhbar!

Faris berasa lega. Walaupun dia sering ketandusan tentang isu Islam, namun dia tidaklah terlalu jumud sehingga langsung tidak tahu isu-isu lain. Nasib baik dia tahu tentang Assyahid Hassan al-Bana. Seorang pejuang Islam yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin. Suasana sekeliling yang tidak mempeduli isu-isu Islam membujuk Faris untuk turut tidak mengendahkan perkara yang sama
“Selepas ini, aku perlu lebih peka dengan isu-isu Islam,” Faris meluahkan hasratnya.

Alhamdulillah, ucap Eikhlas dalam hati. Akhirnya ALLAH membantu rakan sekerjanya untuk lebih menumpukan perkara yang lebih aula’ berbanding perkara-perkara yang kurang mendatangkan faedah. Malah dia juga bersyukur kerana berjaya mengalihkan perbualan ‘modelling’ kepada topik kebangkitan Islam. Kalau boleh, biarlah semua umat Islam mengambil tahu perihal agama, bukan dunia semata-mata.

Terimbau semula dalam kotak kenangan Eikhlas akan perbualannya dengan seorang sahabat yang sangat disayangi dan akrab dengannya.

“Sedekah itu... tidak semestinya berbentuk fulus, material. Sedekah itu dalam Islam, konsepnya luas. Contohnya, kita mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran kepada kawan kita, itu merupakan sedekah. Membuang perkara yang memudaratkan yang terdapat di atas jalan, itu juga merupakan sedekah...” Taqiyuddin berhenti seketika. “Syeikh mesti tahu hadith yang berkaitan.”

“InsyaALLAH, ana tahu. Betulkan kalau ana silap,” Eikhlas kemudiannya membacakan hadith yang dimaksudkan.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; "Setiap sendi manusia wajib disedekahi pada setiap hari matahari terbit.” Baginda bersabda, "Mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, membantu seseorang dalam masalah kendaraannya lalu menaikkannya ke atas kendaraannya atau mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya adalah sedekah.” Baginda bersabda, "(Mengucapkan) kalimat yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dia berjalan menuju masjid untuk shalat adalah sedekah, dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah." [HR Bukhari no. 2989 dan Muslim no. 1009]

“Alhamdulillah, semoga kita semua mampu memberi sedekah kepada diri sendiri, serta orang sekeliling dengan niat yang ikhlas. Namun, perlu diketahui, dalam bersedekah juga ada adabnya.

Pertama; kalau kita bersedekah, jangan diiringi dengan perkataan yang menyakitkan hati. Cukup saja kita menolak dengan lembut jika tidak mahu bersedekah. Dan maafkanlah orang yang meminta sedekah jika kita rasa terganggu. Jangan mencaci sambil memberi sedekah semata-mata nak menghalau peminta sedekah.”

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. [QS al-Baqarah : 263]
“Kedua; jangan pernah diungkit-ungkit atau disebut-sebut perkara yang kita sedekahkah. ALLAH benci dengan orang yang mengungkit pemberiannya.”

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti. [QS al-Baqarah : 264]

“Ketiga; tidak boleh diniatkan untuk menunjuk-nunjuk. Niat perlulah disalurkan semata-mata kerana ALLAH. Namun, kalau menunjuk di hadapan orang lain bahawa kita bersedekah, boleh saja. Tidak salah. Tetapi dijadikan perbuatan itu sebagai pengajaran agar yang melihat dapat mengambil contoh teladan.”

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu. [QS al-Baqarah : 271]
“Eikhlas,” suara Faris menarik Eikhlas dari rangkaiannya memorinya. “Err... yang pasal modelling tu, kau pergi tak?”

“Rasanya aku akan pergi.”

“Biar betul!” Faris memerhati penampilan Eikhlas yang berkopiah.

“Aku akan datang dengan pamplet-pamplet dan risalah-risalah yang berkaitan. Aku harap kau dapat bantu aku buat kerja-kerja tu. Macam mana?”

“Kerja apa?” Faris semakin tertanya-tanya…………………..

Jika ingin membaca dengan lebih lanjut cerpen ini sila baca blog sahabatku ini   http://ameentakwa.blogspot.com


1 comment:

  1. syukran wahai sahabatku...blog anta dan crita sahabat anta byak mngajar ana

    ReplyDelete

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...