Friday, July 29, 2011

Selamat menyambut bulan ramadan almulbarak dan Salahkah untuk kita berjiwa bebas terkawal,…’’di atas pagar yang bijak


Assalammualaikum tulisan ku ini telah ku paparkan di facebook ku pada hari jumaat julai 22 2011 sengaja ku ulang siar di blog ku ini bertajuk ''Salahkah untuk kita berjiwa bebas terkawal....di atas pagar yang bijak?
Dalam kesempatan ini ingin ku mengucapkan selamat menempuh bualan ramadan.musuh kita.syaitan.dirantai ,bulan ibadah,bulan menyuci diri dari dosa......aduh perlulah kita melawan musuh yang paling sukar sekali daripada musuh yang lain..hawa nafsu..sukar dan amat sukar..sesiapa pasti pernah melakukan kesilapan,dah namanya manusia,tidak kira diri ku.dan sekalian rakan pembaca tidak akan terlepas..melakukan dosa tidak kira yang kita sedari atau tidak....,Allah suka kepada sesiapa yang melakukan dosa lalu ia bertaubat sebenar-benar taubat...taubat nasuha . mari kita bersama menjadikan ramadan kali ini..lebih baik dari sebelum ini. Permulaan ramadan adalah kerahmatan,dipertengahannya keampunan,,akhir ramadan dilepaskan kita dari api neraka...
...................................................................................................................................................................

Salahkah untuk kita berjiwa bebas terkawal,…’’di atas pagar yang bijak





Assalammualaikum kepada sekalian ,terutamanya kepada rakan pembaca yang sudi membaca tulisan ku ini, sekali lagi aku tegaskan apa bakal ku tulis sekadar pandangan peribadi semata-mata,luahan hati saubari.
Kebelakangan hari-hari yang ku lalui jiwa ku terpanggil untuk menulis ,memberi pandangan mengenai politik. Walaupun kadang-kala bosan di hatiku timbul,sehinggakan malas untuk ku membaca,mengambil peduli tentangnya kerana sering kali kita di Malaysia atau di mana jua di setiap cerok rantau dunia,isu kehidupan seharian kita mudah untuk dijadikan isu politik yang sempit buat segelintir ahli politik yang tidak ikhlas hatinya. Lebih mengusarkan hati rakyat jika isu agama,perkauman yang sempit,fitnah memfitnah tanpa bukti yang adil dan jelas dan pelbagai lagi permainan politik yang kotor menjadi alat mainan segelintir ahli politik yang tidak ikhlas untuk meraih simpati setelah belaku penolakan sesame pilihan raya umum atau kecil. Kehilangan 2/3 majaroti di parliman,sehingga hilang 5 buah negeri (PERAK dirampas kembali dengan cara yang salah tidak mengikut undang-undang) (pakatan rakyat menang system pilihan raya masih tidak adil,tidak bersih dan masih berjalan dengan penipuan walaupun dilakukan secara kecil-kecilan)  ,ini menyukarkan sedikit rasa tamak haloba ,menyalahguna kuasa menekan rakyat selama ini.Namun mereka masih tidak melakukan perubahan yang sebenar hanya perubahan kata-kata tindakan masih sama,perubahan sekadar melepas batuk ditangga
Tulisan ku kali ini bakal ku huraikan ‘’Salahkan untuk kita berjiwa bebas terkawal,…’’di atas pagar yang bijak’’. Apa maksudnya diatas pagar bagi ku mudah,tidak berpihak ,sekelompok golongan yang meneliti sesuatu perkara dan kejadian dengan penuh keadilan dan menjadikan nilai kebenaran yang sebenar sebagai nilaian atau penanda aras hakiki bagi setiap perkara ,tidak kiralah,politik,agama atau sebagainya.
Bukan semua suka untuk berpihak lebih-lebih lagi dalam berpolitik dan ada juga malas ,tidak mahu menggunakan kuasa memilik pemimpin memimpin Negara ini satu kerugian. Bagi mereka yang tidak berpihak tidak menjadi ahli mana-mana parti atau pertubuhan,perlulah sentiasa perihatin dengan apa yang belaku di sekeliling,ia menjadi tugas yang berat untuk menjadi dan berperanan sebagai golongan ‘’Di atas pagar yang bijak’’ jadikan pertimbangan kebenaran ,menilai,kita sebagai umat islam perlulah ditambah dengan nilaian syariat islam sebenar jauh daripada perkauman dan kepuakan sempit,perlulah menjadikan Al-Quran,hadis dan menjadikan para ulamak yang benar,jujur,adil dan tingkah laku mulia sebagai rujukan.
Untuk menjadi golongan ‘’Diatas pagar yang bijak’’ ini adalah satu peranan yang sukar tetapi jika berperanan dengan baik dan berjaya dengan cermerlang anda mampu menjadi pemerhati golongan penimbang yang berada ditengah-tengah masyarakat ,mereka yang memilih untuk memihak kepada parti dan pertubuhan tertentu seperti diriku ini,menjadi suara yang bebas,lantang berwibawa tidak pihak hanya memilih kebenaran dan keadilan sebagai alat atau landasan anda untuk berpihak. Menyokong perjuangan kebenaran,menjadikan hidup kita ,saya anda seharian bertambah baik ,bertamadun dan Negara menjadi payung kebahagian buat rakyat. Anda perlulah ingat bukan sebarang pemerhati ,jika anda masih berkeras memilih menjadi golongan ‘’Diatas pagar yang bijak’’ anda perlulah menjadi seperti lalang,sabar jangan salah anggap biar diriku huraikan dari sudut positif. Bukan sebarang lalang,lalang yang berkualiti akarnya,kukuh berdiri mencengkam bumi tidak mudah tercabut akarnya walau sekuat mana pun angin yang bertiup dari pelbagai arah tetap pendiriannya,jika ada individu,kumpulan,parti, pertubuhan tertentu melakukan onak angkara,keburukan dengan segera memberikan hujah nasihat,pandangan membetulkan keadaan itu dengan dalil yang benar,jelas,adil,lemah lembut dan penuh hikmah,keadilan dan kebenaran. Diriku masih berusaha menjadi berpihak bukan fanatic tidak bertempat ,tetapi berpihak secara matang.
Biar diriku memberi beberapa cara untuk menjadi golongan ‘’Diatas pagar yang bijak’’ ini;
  • Membaca ,menganalisi sebanyak mungkin pelbagai sumber maklumat tradisi,buku,akbar
  • Meneliti ,memberi pandangan melalui teknologi moden seperti facebook,blog,twiter
  • Mengunakan saluran pilihan raya walaupun banyak kelemahan yang belaku kita perlu mengunakan kuasa memilih ditangan kita.

sekian ,sekadar pandangan peribadi..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...