Saturday, May 21, 2011

Sang ketam

Pasir putih tepi pantai

keluar sang ketam dari sarang
demi mencari makanan,
terserlah tenaga sang ketam
 meneruskan kehidupan harinya
yang penuh dengan pancaroba
pemangsa
 hempasan kuat ombak
terik panas mentari
ia teruskan jua,
demi menikmati keindahan alam
kehidupan yang tersembuyi
ciptaan tuhan                                                                                            
20.8.2010

Thursday, May 19, 2011

SAHABATKU SAHABATKU


Sahabatku kau sahabatku
pastinya kau rinduku
sahabatku sahabatku
pastinya kau sahabatku
untuk sekian waktu
inginku ucapkan padamu
terima kasih sahabatku
hadir mu dalam hidupku..
.menambah kekuatanku
pasti itu yg ku rasakan dalam hatiku
usahlah kau salah tafsir luahanku
ia sekadar kata-kata penghargaankubuat mu sahabatku.........
SABTU 9.04 AM 18.9.2010

Antara masjid dan rumah kampung Tuan Guru Nik Abd Aziz: Ciptaan ABD SHUKUR HARUN

Antara masjid dan rumah kampung Tuan Guru Nik Abd Aziz

Senja itu aku berdiri di depan  rumahmu
Di antara masjid dan rumah kampong
Harumnya Pulau Melaka kediamanmu
Aku berdiri merenung ketabahan
Dan keunikan kehidupanmu
Di tengah lautan politik nan bergelora

Tuan guru Nik Abd Aziz

Aku tertegun menyaksikan kesederhanaanmu
Anak kambing dan ayam peliharaanmu
Masuk ke dalam reban di belakang rumah
Riuhnya membelah senja merah
Beriringan bunyi burung pulang ke sarang
Tuhanku!Engkau Yang Maha Kuasa

Tuan guru Nik Abd Aziz

Aku melihat engkau siap berwuduk
Melangkau teratur ke masjid
Untuk mengimamkan solat Maghrib
Di tengah gemersik azan
Membelah senja di Pulau Melaka
Di sinilah insan dan Khalik-NYA bersatu

Tuan guru Nik Abd Aziz


Engkau sangat mengerti dirimu
Sebagai hamba yang kerdil
Di tengah kekuasaan Ilahi
Sesaatpun engkau tidak lupa
Pesan dan ajaran Nabi s.a.w
Mengerti perjuangan dan pengorbanan

Tuan guru Nik Abd Aziz

Enkau mencontohi kehidupan Nabi s.a.w
Memancarkan sinar dari masjidmu
Berdakwah dari utara ke selatan
Dari timur ke barat
Dengan tongkat dan jubahmu
Tanpa lelah dan jemu

Tuan guru Nik Abd Aziz

Susuk tubuhmu yang kecil
Dibasahi embun malam
Ketika berceramah di sana sini
Menjadi saksi perjuanganmu
Menegakkan islam
Di tengah rimba kehidupan manusia

Tuan guru Nik Abd Aziz

Engkau menautkan kemanusian
Dengan alam ciptaan Ilahi
Menebarkan dakwah tidak henti-hentinya
Menyalakan obor perjuangan
Sebuah gerakan Islam bernama PAS
Walau disukai dan dibenci

Tuan guru Nik Abd Aziz

Aku merenung dan belajar daripadamu
Aku melihat cahaya keserdahanaan
Dan ketaqwaanmu
Ia adalah kekuatan yang luar biasa
Dan nur yang memancar darinya
Membawa obor islam yang syumul

Tuan guru Nik Abd Aziz

Dua puluh tahun engkau memimpin
Hampir sejuta umat Negeri Kelantan
Dengan wawasanmu yang penuh izzah
Berbeza dengan tubuhmu yang kecil
Dengan suaramu yang lembut
Meneriakkan politik dakwah

Tuan guru Nik Abd Aziz

Engkau mengajukan ‘membangun bersama Islam’
Menghantar contoh pentadbiran Islam
Tanpa rasuah,tanpa kroni,tanpa tipu daya
Tanpa penyelewengan, tanpa politik kotor
Inilah contoh kecil Masyarakat Madani
Yang penah dipelopori oleh Nabi s.a.w

Tuan guru Nik Abd Aziz

Enkau membina Negeri Kelantan
Dengan segala keunikan
Dataran MPKB , Pasar Khadijah,Masjid Muhammady
Pantai Sabak yang indah
Rantau Panjang Pusat membeli belah
Riuh dikunjungi pelancong setiap hari

Tuan guru Nik Abd Aziz

Dalam riuh rendah itu, azan berkumandang
Di Pasar Khadijah dan di mana saja
Kelantan menyambut malam
Gema tahmid memuji Ilahi di mana-mana
Engkau membina rakyatmu dengan taqwa
Membangun bersama Islam

Tuan guru Nik Abd Aziz

Kehidupanmu dilimpahi cahaya taqwa
Melepasi alam kemewahan
Dan kerakusan kuasa
Menentang kemungkaran politik durjana
Dengan suara lembutmu
Yang sangat mengesankan

Tuan guru Nik Abd Aziz

Pemimpin sekular memisahkan
Politik dan agama
Menyebabkan dunia politik menjadi sampah
Kotor dan memudaratkan
Engkau datang membersihkan
Mengajarkan politik beragama

 Tuan guru Nik Abd Aziz

Engkau menawarkan politik baru
Berpandukan agama dan etika universal
Mengajarkan toleransi beragama
Menantang keadilan dan demokrasi
Menentang perkauman
Dan segala kedurjanaannya

Tuan guru Nik Abd Aziz

Rakyat yang beragama dan rasional
Berdiri bersamamu
Mendukung wawasanmu
Yang akan kekal hingga abadi
Doa kami semoga engkau di dalam sihat
Untuk meneruskan perjuangan ini
ABD SHUKUR hARUN

Puisi di ciptakan oleh ABD SHUKUR HARUN,dideklamasikan nya pada 2 mei 2011 semasa majlis diskusi buku Kepimpinan Tok guru Nik Abd Aziz Menurut Pandangan Sarjana Besar Kpimpinan Sepanjangan Zaman’’ tulisan Prof Dr Shaharil Mohd Zain yang telah di ulas oleh Dinsman (Akan aku cuba untuk memilikinya pasti menarik jika dapat membacanya). Majlis diskusi ini telah berlansung di Kota Bharu yang di anjurkan oleh Pusat Kajian Strateri Kerajaan Kelantan, dihadiri oleh orang ramai,para Adun PAS dan pegawai kerajaan. Nah jika kita teliti setiap  rangkap puisi ini pasti akan kita perolehi sesuatu yang indah kesederhanaan pada diri Tuan guru Nik Abd Aziz…Bukan tujuan ku memuja Cuma aku cukup terpikat dengan ilmu yang beliau miliki,memerintah negeri Kelantan selama 20 tahun dengan menerapkan nilai-nilai keislaman menepati dengan gelaran negeri Kelantan serambi mekah,..Membangun bersama islam,walaupun mungkin pembangunan fizikal di katakan pelahan oleh beberapa pendapat. Dengan idea bernas Tuan Guru Nik Abd Aziz suasana keislaman subur di negeri ini pelbagai pengisian keilmuan islam menjadi amalan rutin di Kelantan, setiap masjid di hidupan bukan sekadar tempat beribadah semata-mata namun menjadi tempat kemasyarakatan ,tempat menadah ilmu dunia dan akhirat.Tuan guru nik abd aziz berjiwa penuh kesederhanaan kita melihat keadaan rumah beliau jauh dari kemewahan bukan seperti segelintir pemimpin Negara rumah seperti istana hidup bermawahan perabut indah bernilai ratusan ribu ringgit,amalan berjimat cermat di titik beratkan tiada usur pembaziran,penyelewangan pilih kasih dalam setiap perancangan pembangunan. Tetapi ia telah di rancang rapi hampir tiada kejadian bangunan atau stadium rutuh dan hampir bersih dari sebarang penyelewangan di dalam setiap pembangunan walaupun di tekan kerajaan pusat, kejasama negeri  tetap di hulurkan kepada kerajaan pusat ,walau banyak peruntukan di sekat,royalty minyak di nafikan sejak memerintah negeri Kelantan tetap mampu berdiri kukuh. 


Ladang rakyat (Dengan tanaman kelapa sawit dan pelbagai lagi tanaman) telah di rancang untuk membantu rakyat miskin keluar dari  kemiskinan walaupun ada suara membantu dan menuduh dengan pelbagai tuduhan berat sebelah. Setiap tanah yang di beli untuk perancangan Ladang rakyat di bayar dengan jumlah yang setimpal, situasi menang menang memberi kebaikan di antara rakyat negeri dengan kerajaan negeri. Untuk pengetahuan kita semasa peristiwa 13 mei 1969 negeri Kelantan aman tiada pengaduhan kaum ,pada tahun itu Kelantan di pimpin oleh  menteri besar Asri Muda (Kerajaan PAS) senhingga kini kehidupan rakyat yang berbilang kaum hidup harmoni ini kerana setiap rakyat di berikan layanan dengan penuh nilai keadilan , sama rata tidak kira yang beragama islam atau bukan, rakyat bukan islam di benar mengamalkan budaya dan amalan ibadat masing-masing. 


Kerajaan negeri memudahkan bukan islam membina rumah-rumah ibadat, ini tidak seperti hujan-hujah palsu yang menyatakan rakyat bukan islam di tindas di tekan . pengharaman pusat judi di jadikan hujan menyerang kerajaan negeri,padahal sebelum di haramkan judi ,kerajaaan negeri mengkaji dengan mendalam maka di jemput setiap pemimpin bukan islam duduk berbincang ,mereka bersetuju untuk mengharamkan perjudian kerana judi membawa keburukan menjurus kepada porak peranda rumah tangga,pengabaiaan anak dan sebagainya ini membuktikan setiap agama  menentang perjudian dan membuktikan juga kerajaan negeri PAS tidak mengamalkan dasar kekerasan . Penjualan arak tidak di halang kepada bukan islam , hanya umat islam yang di haramkan, ini membuktikan amalan toleransi beragama menjadi amalan kerajaan negeri jauh daripada nilai perkauman sempit.

Wednesday, May 4, 2011

Aku bebas....

Aku lah seorang yg bebas....
ya bebas tanpa cinta seorang kekasih...
yg mampu bersama berkasih sayang...
bermesra riang bersama...
namun terlah aku temui sesuatu yg lebih bernilai dari cinta seorang kkasih....
cinta akan ALLAH yg MAHA agung....
cinta akan KekasihNYA...Rasulluah s.w.s
cinta akan kasih sayang ibu bapa ku yg telah bersama ku dari saat aku di lahirkan sehingga kini....
cinta akan adik beradik ku....
cinta akan sahabat....saudara seislam........

Saturday, April 30, 2011

Aku dan Si gadis penjahit

Aku dan

Si gadis penjahit


Aku;

wahai sahabat ku sayang si gadis penjahit

sudikah kiranya kau menjahit luka takdirku

agar aku tabah sentiasa

sudikah kiranya diri mu mengunting kain kelemahan

agar dapat memiliki, mencari,mengengam kekuatan diri

sudikah kiranya diri mu mengunakan mesin jahit hati mu

menjahit pakaian yang indah buat ku yang kadang kala kesejukan

dek kerana hujan ketidaktenangan

dek kerana sifat ku kadang kala lesu dalam menerima ujian dan dugaan dunia

bukan tidak ku dapat memerima

takdir tanda cinta Allah kepadaku

bukan tidak ku memiliki kekuatan setaraf adiwira walau sedikit debu yang kecil

bukan tidak ku memiliki sedikit pun sifat kehambaan ,

keteguhan kesabaran yang wajib ku miliki seperti mana di tuntut syariat

cuma kadang kala tidak ku miliki sebuah benteng batu yang kukuh selalu

sudi kah kiranya diri mu sahabat ku gunakan tali tip mu

untuk mengikat setiap susunan benteng batu agar ia sentiasa kukuh selamanya

pakukan ia dengan kemas dengan jarum peniti mu

agar benteng batu itu tidak mudah runtuh berkecai

seperti serpihan-serpihan kaca

moga benteng batu itu sentiasa kukuh

mampu menahan,memenjarakan sifat yang ku perlukan

dalam menghadapi dugaan agar ia tidak lari dari diri ku buat selamanya


Si gadis penjahit; 

apalah daya ku gadis penjahit untuk mengubah tadirmu

mengukur akan ketabahan ,kecekalanmu

kembali pada Allah

Dia yang menciptamu

dia jugalah yang menguji keimananmu

sesungguhnya Dia maha mengetahui



SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI.  YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA HANYA ALLAH.



Assalammualikum puisi itu ku tulis  daripada SMS ku kirim kepada sahabatku (perempuan)seorang gadis penjahit,. Yang berbunyi begini


‘’ wahai sahabat ku sayang si gadis penjahit

sudikah kiranya kau menjahit luka takdirku

agar aku tabah sentiasa’’


SMS balas sahabat ku itu;

apalah daya ku gadis penjahit untuk mengubah tadirmu

mengukur akan ketabahan ,kecekalanmu

kembali pada Allah

Dia yang menciptamu

dia jugalah yang menguji keimananmu

sesungguhnya Dia maha mengetahui

 ia ku kirim kerana semasa keadaan ku yang sedang bersedih terkenang permergian adik kesayanganku.,sekadar ingin menghilangkan rasa sedih dan menguji reaksi dia apakah dia mampu mengungkap kata-kata penawar kesedihan ku..indah indah olahan dia. Hilang sedikit rasa kesedihan.,dia pernah mengirim SMS balas kepadaku yg dia tiada bakat menulis puisi dan sebagainya..tapi bagi ku setiap manusia ada bakat yang terpendam. Bagiku jika perempuan mula menulis ia lebih menarik kerana sifat keibuan yang ada pada mereka,dan  kelembutan yang ada pada mereka yg mungkin mereka sedari atau tidak…yang terpendam atau tersurat ..Benar katanya kita seharusnya kembali kepada Allah jika takdir tidak meyebelahi kita ingin ku tambah sedikit di sini kita sewajarnya bersangka baik terhadap Allah, ujian yang diberikan ,ia tanda kasih sayang Allah terhadap kita. Membantu kita menghapuskan dosa kita yang lalu…tapi kita termasuk diri ku sendiri sering terlupa peranan ujian di dalam kehidupan kita, ia juga untuk menguji keimanan kita dan diri ku jua hebat ke tidak? Tinggi ke rendah tahapnya, balasan syurga bukan mudah untuk di miliki seperti firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 214 yang bermaksud;


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada mu(cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka di timpa malapertaka dan kesengsaraan serta di gucangkan (dengan bermacam-macam cubaan)


Tapi kita dan diri ku sendiri, perlulah menepati syarat yang kadang kala kita termasuk diri ku sendiri sukar untuk kita dan diri ku sendiri laksanakan secara berterussan iaitu sifar kesabaran dalam menghadapi segala ujian,cubaan seperti kesakitan,penyakit yang menimpa diri,putus cinta,orang menzalimi diri kita dan sebagainya. Jika setelah mampu kita bersabar barulah kita dapat merasai nikmat,hikmah ujian yang menimpa diri ,bertapa indah nya ujian itu kepada kita. Kesejateraan dan kebahagian serta dib alas dengan sebaik baik balasan iaitu kita di masukan  ke dalam syurga. Janji kita dan diri ku terus bersabar dan bersabar….dengan bersabar pahala yang tidak terkira banyaknya mudah untuk kita miliki. Bersabar dan bersabar seperti mana sabarnya junjungan mulia kita   ‘’Nabi Muhammad s.a.w’’ dengan segala ujian dan cubaan yang menimpa baginda ,baginda terus bersabar dan bertambah kecintaan baginda kepada Allah… Ya Allah ya tuhan kami,kekalkanlah diri kami,keluarga kami,sahabat kami dan seluruh saudara seagama kami sifat sabar di dalam hati dan tingkah laku kami…..


SEKADAR MENASIHATI DIRI KU SENDIRI.  YANG MAHA INDAH DAN SEMPURNA HANYA ALLAH.

-SEKIAN-


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...