Tuesday, July 12, 2011

Apakah saudari dan saudari suka kepada kebersihan?

Sebelum itu ingin saya bertanya ,apakah saudari dan saudari suka kepada kebersihan? Pastinya saudari ,saudari menjawab ya,baju yang bersih,tempat makan yang bersih,tempat belajar yang bersih,tempat tinggal yang bersih…..tandas awam yang bersih barulah kita selesa menggunakannya . apabila tandas awam dalam keadaan kotor pastinya ada yang berani membuat aduan ketidakpuashati dengan keadaan itu namun jika aduan kita tidak diendahkan pihak berkuasa,segala keinginan kita,rundingan dipandang sepi…..kita rasa tiada cara lain dapat digunakan agar aduan kita didengar untuk meningkatkan kualiti tandas awam…,pastinya kita rasa marah..tidak puas hati,. Macam itulah keadaanya dengan penghimpunan bersih(gabungan pilihan raya adil dan bersih) ,tujuan penghimpunan aman bersih bukan ingin memberontak dengan kerajaan ia satu penghimpunan menuntut system pilihan raya yang adil dan bersih. Kenapa system pilihan yang berjalan dengan adil,bersih,bebas dari amalan politik yang kotor penting buat kita? Jawapan saya mudah ,..melalui pilihan raya dapatlah kita memberi nasihat…menasihati,menghukum pemimpin ,mengubah ……….kemungkinan ada rasa ketidakpuashatian kepada sesuatu perkara seperti kedudukan agama islam dalam Negara,taraf hidup seharian kita…harga minyak naik……harga barangan meningkat naik dan sebagainya. Melalui pilihan raya umum atau kecil dapatlah kita mengubah sesuatu ,menasihati pemimpin Negara yang ada dan jika melakukan kesilapan dalam pemerintahan mereka selama ini mereka lakukan yang mungkin dilakukan dengan sedar dan tidak disedari mereka……..melalui pilihan raya lah dapat menasihati pemimpin dengan baik……lembut,bersopan tanpa perlu untuk kita rakyat melakukan pemberontakan ,berperang dengan pemimpin Negara ,namun jika perjalanan pilihan raya dalam keadaan kotor,tidak bersih,urus tadbir pilihan raya yang buruk,penuh penipuan,rasuah ,macam mana lah dapat untuk kita memilih pemimpin yang mampu melaksanakan amanah kepada kita rakyat . merasai yang suara kita rakyat diambil perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Negara
Memang benar dalam agama islam kita ……niat tidak menghalalkan cara,namun cuba kita perhatikan dan buat penilaian sendiri dengan adil dan melihat kepada kebenaran tanpa memihak….,niat bersih baik,caranya pula melalui penghimpunan yang aman…. Salah ke ????? penghimpunan menjadi buruk kerana tiada kerjasama pihak polis,…pihak polis seharusnya melindungi kita,rakyat dan peserta penghimpunan bukan mengancam,memukul… tidak lah perlu kita marah,mbenci,kepada semua pihak polis …kerana mereka sekadar melakukan tugas, pengawai bawahan hanya mengikut arahan pihak pengawai atasan,ketua mereka …jika mereka pengawai bawahan inkar tidak melakukan apa yang di arahkan ……mereka dipecat….digantung tugas di potong gaji……..mereka juga ingin hidup seperti kita rakyat …mereka ada tanggujawab sebagai ketua keluarga …mecari nafkah buat keluarga.
Mari kita lihat kembali sejarah pemilihan khalifah(system syura).para sahabat Nabi Muhammad s.a.w, duduk berbincang ,memilih pilihan yang paling baik bagi mengantikan Nabi Muhammad s.a.w yang telah wafat….ia berjalan dengan penuh adab,baik,bersih,adil,dan berjalan  di atas landasan kebenaran………susah sangat ke nak buat begitu?????, memanglah sukar untuk kita menjadi sangat sempurna kitakan manusia hanya Allah tuhan yang maha sempurna,tapi tidak salah untuk kita mencuba ,berusaha menjadikan sesuatu perkara agar ia menjadi sempurna- BERPIHAKLAH KEPADA KEBENARAN …..PEACE…….SEKIAN BUAT SEMUA

1 comment:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...