Assalammualaikum apa khabar sahabat sahabat ku sekalian , kali ini tulisan ku agak menyerang fakta sejarah yang selama ini kita fahami……hang tuah sanggup melakukan segalanya demi sultan walaupun sultan itu sultan yang zalim kepada rakyat nya. ,sehingga sanggup membunuh sahabat yang setia semata-mata kerana setianya kepada sultan,segalanya hang tuah sanggup lakukan menculik tunangan orang untuk memuaskan nafsu sultan.
Maaf jika tulisan ku ini bakal membuat mereka di luar sana marah, apa yang ku tulis sekadar pandangan peribadi, terpanggil untuk ku melontarkan pandangan… sejarah adalah satu ilmu yang amat ku sukai,semasa ku bersekolah lagi itulah mata pelajaran yang ku paling gemari. Namun sering ku bertanya kepada diri sendiri,apakah sejarah di tulis itu benar belaka atau sekadar lontaran si penulis ,sekadar bercerita…bagi ku mudah,ada yang benar dan ada yang sekadar rekaan…bukan menidakan semuanya, Cuma sejarah perlu di pelajari denga bukti dan fakta yang jelas ..,bukan semua cerita itu di tulis dengan adil…
Kerana banyak buku-buku,hikayat telah di curi penjajah sepanjang mereka berkuasa di Negara ini..,kita perlu hargai peranan kerajaan kerana dapat mengambil semula beberapa buku,hikayat dan beberapa bahan sejarah ini dapat dijadikan kajian dan ingatan buat kita semua yang kita pernah berada zaman kegemilangan dan keemasan.,kehebatan penulisan melayu dahulu kala,namum bagi ku masih ada ruang di tingkatkan lagi usaha murni ini .
Berbalik kita semula kepada cerita hang tuah dan empat sahabatnya,kemungkinan pasti ada kebenarannya ,penjajah mengunakan pelbagai cara halus untuk menghalang sebarang benih-benih penentangan , banyak cerita hang tuah dan 4 sahabatnya bercampur aduk dengan pelbagai cerita tahlul,kesetiaan membuta tuli kepada pemerintah(Sultan) walaupun jelas dan nyata kekejaman yang di lakukan ke atas rakyat jelata.sehingga menjadi larangan keras kepada umat melayu menderhaka kepada sultan, menasihati atau memberi buah fikiran kepada sultan ,perintah sultan harus dan wajib rakyat taati walaupun menindas rakyat. Fakta sebenar telah bercampuk aduk dengan fakta yang sekadar cerita rekaan, sehingga sukar untuk kita mencari kebenarannya.
Ya benar pelbagai cara akan di gunakan untuk melemahkan pemikiran mereka yang di jajah, budaya ….budaya umat melayu pantang melangar perintah pemeritah….jika di lakukan juga ‘’derhaka’’ buruk padarnya……,sehingga hang tuah di gambarkan pernah berkata ‘’pantang melayu menderhaka kepada sultan’’[nasihat pun tidak boleh???? Penghimpunan aman pun dilarang walaupun sejarah Negara ada mencatatkan kemerdekaan Negara bermula dengan penghimpunan berjuta rakyat umat melayu menentang Malayan union] .memang tidak di nafikan masih ada watak hikayat wajar kita jadikan contoh ikutan, contohnya hang nadim, berani dan cerdik akalnya mencadangkan kepada sultan agar di gunakan batang pisang untuk menghalang serangan ikan todak namun sayang dek kerana iri hati di fitnah dia satu hari nanti ingin merampas pemerintah sultan negeri singapura. Satu lagi watak hikayat, hang jebat , menderhaka dek kerana ingin menuntut bela kematian hang tuah, demi menegakkan keadilan ,dan tiada cara lain membela kematian hang tuah , tiada lagi saluran yang lebih lembut dapat digunakan menghalang perintah sultan agar tidak di bunuh hang tuah tanpa siasatan ,tanpa boleh membela diri [ISA] . Sultan hanya menjadikan bukti daripada kata-kata fitnah pembesar negeri Melaka hujah mewajarkan hukuman bunuh terhadap hang tuah, kerana kesetian seorang sahabat,hang jebat berani mengangkat senjata walaupun dia tahu akibat tindakannya itu bakal mengundang kemarahan sultan, maut….nyawa melayang…ku amat kagum dengan hang jebat…wira keadilan,pembela rakyat jelata…… benar kah hang tuah sebegitu rupa…atau cerita sebenar lain daripada yang sering kita dengar dan baca ada dengar ..
·
Atau hang tuah dan empat sahabatnya kemungkinan ulamak/pedakwah...,.seorang ustaz pernah berbual dengan ayah ku.......kemungkinan hang tuah seorang ulamak yg taat akan sultan sehingga tidak membantah segala kekejaman sultan..,akhirnya sanggup mbunuh sahabat baik sdiri hang jebat..kemungkinan benar..penjajah menyembuyikan kebenaran yang sebenar bertujuaan memburukan taraf seorang ulamak..kerena para ulamaklah golongan paling berani menyedarkan rakyat tanah melayu agar menentang penjajah ,menyedarkan rakyat tentang kemerdekaan …jihad menentang penindasan penjajah.. fikirkan bersama kenapa mungkin penjajah mengambarkan hang tuah sebegitu???????? Bagi pendapat ku mudah, kebanyakan sultan yang memerintah kebanyakan negeri tanah melayu menjadi boneka penjajah…kerena segelintir sultan hanya memikirkan kuasa mereka,,,…berebut kuasa sesama kerabat diraja……sehingga membuatkan penjajah mengambil kesempatan menjajah…….mereka penjajah menanamkan ke dalam pemikiran melayu tidak menentang pemerintah yang jelas dan nyata menjadi alat penjajah…..namun itu gagal menghentikan api penentangan rakyat,marah rakyat tidak mampu dihalang.. dipermainkan penjajah…..kebanyakkan para ulamak muda golongan islah,pembaharuan….yang pulang belajar dari asia barat,bersama ulamak yang lebih berusia yang telah lama berdakwah di tanah melayu…….banyak berjasa …namun sayang banyak jasa dan bakti mereka tidak di kenang di dalam kebanyakan buku pembelajaran sejarah di sekolah tidak menyebut jasa mereka….sejarah yang diajar di sekolah,lebih menumpukan kepada kepada pemimpin UMNO…padahal mereka bukan lah yang menanam benih mula kemerdekaan Negara.. .penjajah sebelum beri kemerdekaan ,mereka bertindak mengharamkan banyank pertubuhan ./ parti,,,,...haluan kiri dan ahli agama(hisbulmuslimin),oleh kerana banyak parti d haramkan..tinggal UMNO sahaja... ada udang di sebalik batu penjajah buat begitu...,
· untuk mehalang tanah melayu jadi negara islam......nak kekalkan pmikiran orang melayu dalam acuan penjajah....
Bukan tujuan ku mengalakan rusuhan,bukan ingin memberontak kepada pemerintah Negara …kerana kita di larang memberontak, satu larangan ulamak ,ramai ulamak silam di seksa,dipenjara di bunuh,mereka lebih menderita dari kita mampu bersabar,masih terus menasihati pemerintah tanpa melakukan pemberontakan,sumber rujukan kita. Ini kerana memberontak bukan penyelesaian masalah ia akan membawa malapetaka yang lebih buruk kepada Negara.
Walaupun begitu pemerintah harus sedar , amanah kepada rakyat sempurnakan dengan sesempurna ,sebaik mungkin, dengarlah luahan dan nasihat rakyat ,jangan menekan rakyat [penghapusan subsidi,harga tol yang sentiasa naik,tidak dilaksanakan keadilan dengan seadil mungkin,rasuah,penyelewangan harta Negara,undang-undang Negara hanya menghukum rakyat,jika pemimpin ,kroni,sahabat baik,ahli keluarga pembesar Negara melakukan kesalahan ringan hukumannya ,dan terlepas dari sebarang pendakwaan,pilihan raya tidak adil dan berat sebelah walaupun beberapa negeri di menangi pihak pakatan rakyat system pilihan raya masih menyebelahi parti pemerintah..]
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 4:58) |
Keadilan amatlah penting undang-undang yang baik dan sempurna adalah undang-undang yang memberi keadilan untuk semua lapisan rakyat,tidak kira apa status mereka,kaya,miskin,sahabat,ahli keluarga,kroni,menteri-menteri dan perdana menteri sekalipun. Mereka yang bersalah mesti di hukum dengan undang-undang yang sama.
Memang manusia sentiasa ada kekurangan,tetapi tidak salah bukan kita menyempurnakan sesuatu system yang ada agar kehidupan rakyat sentiasa merasa aman dengan pemimpin yang perihatin bertanggujawab,sentiasa memikirkan rakyatnya daripada diri mereka sendiri.
Jika sebagai yang di akui pemerintah,Negara Malaysia ini sangat Negara yang sentiasa membela nasib rakyat..negara yang mengamalkan system politik demokrasi…,perlulah ada keadilan dan kesaksamaan jika tidak boleh mengunakan harta awam,seperti sekolah,masjid, dewam orang ramai…hospital sekalipun semasa pilihan raya….sama-sama kedua belah pihak mematuhi segala larangan tidak kiralah parti pemerintah[BN] atau pembangkang pakatan rakyat[Bakal menjadi pemerintah Negara] ini tidak pemerintah melarang pihak pembangkang melanggar segala larangan semasa pilihan raya, namun mereka boleh pula tidak mematuhinya……adil ke begitu???
Ku sunting dari hujah Profesor Dr Abdul Aziz Bari;
Pemerintah yang adil juga perlulah,menguruskan Negara dengan urus tadbir yang baik,ini bermaksud menyediakan prasarana tertentu seperti penyertaan rakyat dalam membuat segala keputusan , wujudnya ketulusan dan kewujudan mekanisme untuk memungkinkan pembuatan keputusan bertanggunjawab kepada umum. Dalam pada itu PBB memberi ajuran kepada Negara-negara anggotanya,bersedia memberi ruang kepada wujudnya kelainan budaya dalam kerangka urus tadbir yang baik yang mereka gagaskan. Sekurang-kurangnya membenarkan wujudnya kedaulatan undang-undang,institusi awam(Polis,SPRAM,SPR)yang berintegriti ,tulus da berkesan dan akauntabiliti dalam hal ehwal awam.
Jika diperhatikan tiga perkara asas itu sudah cuku luas,penyertaan rakyat,ketelusan dan mekanisme untuk menyeret pemimpin supaya bertanggujawab,kesemuanya memelukan prasarana yang cukup banyak dan kalau kita masukkan elemen yang di tekankan oleh PBB yang menjadi penanda aras urus tadbir yang baik itu konsep itu akan lebih luas lagi. Dibawah konsep itu pemimpin perlu ada kedaulatan undang-undang dan institusi awam yang berkesan dan tulus. Ini bermakna badan kehakiman perlu bebas dan berwibawa.
Bebas ?????? perlukah kita bebas sebebasnya????
Nah , ku amat bersetuju dengan hujah Prf Dr Abdul Aziz Bari itu……..kan itu menepati dengan kehendak islam….,pemimpin perlulah bertanggujawab,amanah,tulus.
Ya benar manusia perlu bebas ……bukan lah kebebasan tanpa kawalan…bebas dalam erti kata yang sebenar, bebas bersuara menasihat pemimpin,namun kawalan itu perlulah mengikut lunas undang-undang yang adil tidak menekan rakyat…bukan melalui penahanan tanpa tuduhan yang jelas…penahanan tanpa bicara,tiada pendakwaan di mahkamah……ISA ……kebencian ku terhadap akta itu membuak-buak …berpisah ayah dengan anak,rindu si isteri kepada suaminya ,anak yang menangis rindukan kasih ayah,, kebanyakan mereka yang ditahan hidupnya susah…jika ketua keluarga ditahan, hilanglah sumber rezeki..anak-anak tidak ke sekolah kerana miskin..
A. Samad Said minta tukar kerajaan???? Dan sokong pehimpunan bersih ????
Ini soalan yang pernah ditanyakan kepada A.Samad Said,…
Soalan;‘’jika pak samad seusia kami apakah yang pak samad akan lakukan?’’
Jawab A. Samad Said; anak muda hari ini harus berani tukar kerajaan yang ada sekarang ,kerajaan sekarang telah di beri peluang memerintah sejak merdeka, namun kezaliman semakin merata ,kerajaan baru wajar peluang untuk memerintah…jangan seorang penulis bukan sekadar dimata pena, penulis wajar turun ke lapangan rasai denyut nadi derita rakyat
Ku amat sanjungi beliau,seorang berani….tajam pemikirannya menyokong kebenaran bukan parti tetentu, beliau yang berani hadir semasa majlis pelancaran Bersih di dewan penghimpunan cina ,kuala lumpur dengan berani membacakan kata-kata indah, walaupun akhirnya beliau di minta hadir ke balai polis untuk soal siasat …….usah takut dan gentar…..beranikan diri anda berhimpun secara aman..itu hak anda sebagai rakyat Malaysia yang telah termaktup dalam perlembagaan Negara…….
A Samad Said |
Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu. Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. 24—25, 6.11. A. SAMAD SAID |
Sekadar pandangan peribadi diriku
--Sekian--
Terima kasih